Sunday 31 August 2008

Merdeka...Merdeka...Merdeka...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Salam Kemerdekaan kepada semua...

Walaupun bercakap pasal merdeka, aku tak berniat untuk menyingkap susur galur sejarah kemerdekaan negara kita..rasanya semua telah maklum walaupun tidaklah secara pakarnya..

Alhamdulillah...Harini genap 51 tahun negara kita merdeka..merdeka daripada penjajahan fizikal..sana-sini pelbagai sambutan dianjurkan pelbagai pihak..sana-sini pelbagai konsert bergema, bunga api bergemercikan..dan dicelah keraian yang begitu, ada juga yang menyambutnya dengan alternatif lain..solat hajat, ceramah,konsert nasyid dan sebagainya..dan aku? Apa yang aku buat di saat remaja lain berpusu-pusu menuju ke dataran merdeka, klcc ,ibu kota?

Seperti sudah menjadi tradisi..3 tahun berturut2 (sejak masuk upm) hari merdekaku di klcc atau beberapa tempat lain di sekitar ibu kota."Ops Masih Ada Yang Sayang"..itulah program yang selalu aku sertai menjelang ambang merdeka. Teringat di tahun pertama ketika diri ini mula menjinakkan diri dengan program dakwah, aku bersesak-sesak menaiki komuter menuju klcc. Ikut senior. Kat sana kami solat hajat, dengar ceramah, tengok nasyid, buat edaran risalah...Memang bermakna sangat. Saat manusia tenggelam dalam bingit konsert, dalam jerit-pekik laungan "Merdeka...Merdeka..", kami menitis airmata melaungkan takbir sekuat hati...ingat lagi,time tu, ustaz aqil yang mengepalai kami...Masa edaran, macam ragam manusia yang kami jumpa...rambut trojan,bertindik sana-sini,punk,dan macam2..sampai x sanggup nak sebut...itu pada jam area 12 malam...area jam 3-4 pagi, lain cerita plak..masa tu, kami ikut pihak agama dan ngo. Aim kami ialah menasihati remaja atau pasangan yang berkeliaran di sekitar tempat-tempat popular. Kami menasihati mereka untuk pulang ke rumah. Yang lembut hati plak, kami mengajak mereka ke masjid as-syakirin.( ada ceramah kesedaran,solat taubat untuk remaja yang ditangkap). Sekali lagi, pelbagai ragam dapat aku saksikan dengan mata kepala sendiri...yang mabuk, mencarut x sudah, yang berpasangan plak tanpa segan silu membuat onar tanpa menghiraukan sekeliling...yang lepak beramai-ramai pula membuat bising, mengacau orang, bergaduh...x larat nak tulis...tapi itulah realiti yang kami jumpa...itulah realiti remaja kita..Sambutan merdeka dijadikan satu acara, satu malam yang ditunggu-tunggu untuk bersuka-ria tanpa mengerti apa makna "merdeka" itu sendiri..

Tahun kedua dan ketiga, paternnya hampir sama..aku still dengan "Ops Masih ada Yang Sayang.."cuma tempatnya yang berbeza...pelbagai ragan lagi kami jumpa.. Tahun ni, aku bercadang menyambutnya di dataran merdeka pula..First time aku keluar ke sana( untuk sambutan merdeka) dengan motosikal..(sebelum ni dgn komuter)..memang jam.Kami keluar dalam pukul 10 malam (menunggu housemate yang ajar tuisyen). Malangnya, jalan ke datarn merdeka telah ditutup..Waduh..kecewa banget. Seram sangat masa terpaksa bersesak-sesak di jalan raya bersama mat-mat motor..(padan muka..gatai nak naik motor).Pusing punya pusing..last2 kami balik rumah je...(hehe :>). Pengajarannya, kalu nak pergi dgn moto, keluarlah awal skit..

Pulang dengan satu kerisauan...entah berapa ramai lagi anak gadis kita yang tergadai maruahnya pada malam merdeka, berapa ramai lagi remaja kita yang murtad, berapa ramai lagi tekak remaja kita yang dikotori arak buat kali pertamanya..berapa ramai lagi ynng terpesong aqidahnya..berapa ramai lagi yang mula mengenal rokok,dadah,berapa ramai lagi yang bertemu syaitan baru pada malam merdeka...berapa ramai lagi...semuanya mungkin terjadi pada satu malam yang bernama Malam Merdeka..

Read more...

Tuesday 26 August 2008

Penentu Perubahan


Aku bukanlah orang yang selalu mengikuti perkembangam politik di negara ini. Dulu,aku sering menganggap politik adalah kotor.Tapi bila time Pilihanraya kecil permatang pauh,keinginan utk sama2 mengikutinya melonjak2...mungkin kerana inilah pilihanraya yang amat menarik dalam sejarah...ya..satu pilihanraya kecil terpaksa di buat kerana seorang Yb telah meletakkan jawatannya. Dalam kes ini, isteri memberi laluan kepada suaminya. Biasanya pilihanraya kecil dilakukan kerana Yb nya meninggal...Calon yang bertanding pula adalah seorang yang pernah mencetuskan sejarah tersendiri dalam kamus politik negara.


Siapa yang tidak kenal dengan Anuar Ibrahim...nama yang sangat familiar...Dengan kekuatan peribadi, kehandalannya berpidato (yg memang x dapat disangkal) dan kisah2 kontroversinya sebelum ini dan juga sekarang...menjadikan pilihanraya ini sungguh menarik dan bakal menjadi sejarah besar negara...Jika dilihat pada laporan media, permatang pauh kelihatan sungguh meriah...sungguh sesak...semua pihak tertumpu kat PP..yelah,namapon hari " raya". Ramai penanalisis politik melihat pilihanraya kali ini bakal menjadi penentu kepada pemerintahan Malaysia kelak..Apapon,kita semua mengharap kebaikan yang bakal kita perolehi nanti...

P/s: Berdebar2 menati keputusannya nanti...Lambat atau cepat, KEBENARAN pasti menang...itu janji Allah.

Read more...

Friday 22 August 2008

Prozac....?


Nak cerita pasal emosi sebenarnya...(bosan betul!!-pasal emosi pon nak cerita)..biasenya manusia terlebih emo kalau tejadinya konflik..sebenarnya konflik berlaku apabila berlakunya percanggahan pendapat, kehendak atau apa2 yang sewaktu dengannya..Berlaku juga perubahan emosi atau rasa nak marah,tension dan sbg nya bila apa yang kita expect x sama dgn apa yg sebenarnya...kesimpulannya jgn terlalu expect tinggi pada sesuatu atau seseorang...nanti kecewa..terimalah tanpa syarat...

apa kaitannya post ni dgn tajuknya...Prozac???
Bercakap pasal tension, teringat kat cerita Dr.Meena ( Dr fisio haiwan) dalam kuliah tadi...sekadar berkongsi cerita..
Prozac sebenarnya adalah sejenis ubat anti depress...
Ceritanya begini..
Kat Amerika,ada seorang surirumah yang suaminya adalah salah seorang saintis NASA. Suaminya selalu xde kat rumah..(biaselah sibuk...saintis katakan..).Si isteri ni duk kat rumah bersama 5 orang anaknya yang berumur 3 hingga 15 tahun dan juga bapa mentua yang sakit alzheimer..tiap hari dia terpaksa bersabar melayan karenah isi rumah yang macam2 karenahnya..Bila x tahan, dia akan ambik Prozac. nak hilangkan tensionnya...suatu hari, dia terlebih ambik prozac..jadi xde pertimbangan. Si isteri yang tension ni, mandikan kesemua anaknya dan sebenarnya telah melemaskan semua anaknya sampai mati. pastu, diangkat mereka semua letak atas katil dan selimutkan seolah2 sedang tidur...Si isteri duk kat tepi mayat anaknya dan berkeadaan begitu sehingga suaminya pulang..Dia x dikenakan hukuman kerana membunuh tetapi dirawat di hospital sakit jiwa sampai sekarang...
Itulah bahananya makan ubat anti depress...
Jadi...elakkan stress..kurangkan kontroversi.Kawal konflik...
Senyum...dan yang penting,maafkan semua orang..

FAKTA : more than 60% american take Prozac to control their depression...( menurut Dr lah..)

p/s: pesanan untuk diri sendiri jugak..selalu gak tension.(tapi,xdelah ambik Prozac...amik air semayang jer..)

Read more...

Thursday 21 August 2008

MAHA 2008...jom pakat mai ramai-ramai




Following the success of MAHA 2006, Malaysia is once again set to host the region's largest exhibition showcasing the latest Technologies and Innovations in the Agriculture, Agro-Based, Horticulture and Agrotourism Industry - Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 (MAHA 2008). Hosted by the Ministry of Agriculture and Agro-Based Industry and organised by Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA), MAHA 2008 is expected to be the biggest event of the year serving the Agro-Based Industry. Being awarded by The Malaysian Book of Records as the Largest Exhibition in Malaysia, MAHA 2008 is undoubtedly the largest industry gathering in the South East Asia region. MAHA 2008 is regarded as a 'must attend' for the industry to be updated with the latest innovations and solutions and to do business. Over 950 local and international exhibitors are expected to showcase their latest solutions to the industry.

Hurm..setelah sekian lama, baru tadi kaki ini diizinkan Allah sampai ke MAHA. Ralat jugak rasanya kalau x ambik peluang ni. dah baik MAHA ni buat kat UPM. Rugilah kalau x pi...Sebenarnya just nak teman kawan yang kena buat assignment kat MAHA..
bila dah pegi, best plak rasanya...macam-macam boleh tengok, rasa, bau, boleh beli, boleh dapat...

yelah...macam-macam booth yang dibuka. pertanian, penternakan, makanan kesihatan, makanan halal,kraftangan, baju--baju, belon sponge box dan macam-macam lagi...x larat nak tulis.

yang bestnya, dapat macam-macam info berguna pasal pertanian, biologi, teknologi pertanian yg baru selain dapat banyak benda free seperti beg, pen dll. selain tu, perut kita boleh try macam-macam makanan dan minuman yg best2 dan ada yg xde kat pasaran lagi...semestinya halal dan berkhasiat..

tapak exponya memang luas..memang x larat nak jalan. tapi xpe, ada kenderaan yg disediakan...just bayar RM1 boleh pusing satu MAHA..tapi kena sabarlah tunggu giliran...
Memang luas..kalau nak puas hati kena pegi 3 kali baru dan cover satu expo..
ada gak spa ikan...kalu nak tau, cubalah pegi..
bawa duit banyak sket...macam2 boleh dibeli..bunga, ikan, kerepek dll
Perkhidmatan?
jangan risau kalau nak berkampung kat situ pon boleh..surau, toilet, food court, parking...semua disediakan..
perkhidmatan bekam pon ader...pendek kata, segalanya ada di sini...mailah ramai2..
tapi..sebenarnya..dah nak habis dah..23 hb ni..cepat2 mai..ada masa lagi..klu x, tunggulah tahun dpn..

p/s: sempat makan nuget tempe..memang best.

more info: http://www.mahaexpo.com/


Read more...

Takrif Pelajar di dalam rang undang-undang pindaan AUKU tidak releven


Tun Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan yang bernada sinis, mengatakan bahawa sekiranya mahasiswa sudah dewasa maka AUKU perlu dimansuhkan. Menurut beliau, di dalam menggubal AUKU ini, beliaulah orang yang bertanggungjawab menyediakan AUKU seperti yang ada pada hari ini. Beralasankan supaya mahasiswa menumpukan kepada pelajaran, terselindung disebaliknya “mala fide” yang member keuntungan kepada pihak pemerintah.

Mungkin banyak kelemahan AUKU, namun begitu di dalam artikel permulaan ini, saya tertarik untuk membahaskan berkenaan takrifan “pelajar” yang dinyatakan di dalam rang Undang-undang pindaan AUKU:

“Pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar disuatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah:”

Menurut takrifan yang diberikan ini, pelajar yang terikat dengan AUKU ini merupakan para pelajar samaada yang menyambung pelajaran diperingkat persediaan, pra ijazah, Ijazah, Sarjana ataupun Kedoktoran.

Apabila diteliti, AUKU ini bukan sahaja mengikat mahasiswa tetapi ianya juga mengikat “pelajar” yang sudah berusia. Mungkin umur mereka 30 an, 40 an ataupun 60 an. Hal demikian kerana, rata-rata pelajar Sarjana dan Kedoktoran terdiri daripada individu yang sudah berusia. Bahkan terdapat dalam kalangan “pelajar” yang dijerut dengan AUKU ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah Universiti yang bergelar Prof. Madya memandangkan ada dalam kalangan mereka yang menyambung pengajian diperingkat Phd.

Di antara kelemahan yang dapat dilihat di sini adalah, Akta “ultra virus” ini juga menyekat kebebasan akademik dalam kalangan masyarakat Malaysia sendiri. Sebagai contoh, sekiranya berpandukan akta ini, rakyat Malaysia yang terlibat aktif di dalam politik nescaya tidak dapat menyambung pengajian mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Tun Berdiri megah bercakap berkenaan Human Rights. Bagaimana dengan hak kebebasan asasi terhadap mahasiswa dan ahli akademik di Universiti? Adakah mereka hanya layak dilayan seperti burung di dalam sangkar.


Saya tertarik dengan nasihat Tun Dr Mahathir (TDM) dalam tulisan beliau baru-baru ini yang menyatakan bahawa, mahasiswa harus bersabar kerana masa untuk belajar tidak lama sekitar 3 atau 4 tahun. Namun begitu, ternyata TDM lupa akan takrif yang beliau berikan kepada “pelajar” di dalam AUKU. Betul kata Tun, melayu mudah lupa dan Tun sendiri barangkali sudah lupa kerana sudah lama tidak bermain dengan AUKU. Tetapi Tun harus ingat bahawa, tempoh 3 atau 4 tahun yang dikatakan oleh Tun itu sebenarnya lebih daripada itu.

Sekiranya takrif ini diguna pakai, nescaya sampai tua sekalipun rakyat Malaysia yang mahu menyambung pelajaran akan menjadi seorang yang penakut. Hal demikian kerana, mereka masih terikat dengan AUKU sekiranya selepas bergelar graduan mereka menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Sampai bila rakyat kita hendak di didik dengan budaya penakut? Saya yakin, Tun juga ada jawapannya. Jawapan yang dibuat semata-mata mahu mempertahankan tindakan beliau yang “berjasa” menggubal akta yang mematikan idealisme ini ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran.

Sekiranya AUKU yang digubal ini mahu memperkasakan akademik rakyat negara kita, mengapakah dalam kalangan ahli akademik tidak diberi peluang untuk bergerak dengan lebih bebas. Timbul persoalan, mengapakah apabila wujud dalam kalangan ahli akademik mahupun mahasiswa yang terlibat dengan Parti Politik yang cenderung kepada kerajaan tidak dikenakan sebarang tindakan atau hukuman. Namun begitu, apabila dilihat mahasiswa yang beridealisma membantah sesuatu tindakan kerajaan yang dianggap tidak releven, di ambil tindakan di bawah akta yang zalim ini.

Di mana kebebasan bersuara sebagai rakyat di dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi ini?. Mengapakah wujud double standard di dalam situasi sebegini? Mengapakah AUKU yang digubal ini diluluskan dan dilaksanakan walaupun wujud percanggahan yang begitu ketara dengan Perlembagaan Persekutuan?

Persoalan demi persoalan terus dilontarkan. Namun begitu, walaupun wujud “ultra virus” yang cukup jelas di dalam AUKU ini, disebabkan ianya melibatkan keuntungan sesetengah pihak, maka AUKU terus dibiarkan memenjarakan mahasiswa di dalam negara kita.

Sumber : Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Read more...

Wednesday 6 August 2008

Sesuci Nur Wafda


Tetiba je pagi tadi aku menerima sms dari seorang sahabat yang bagitau k.amal dah selamat melahirkan baby girl lebih kurang pukul 2 pagi semalam...Dri semalam lagi, kami dah tau K. Amal dah masuk hospital. tapi x sangka secepat itu, K. Amal dah dapat baby...Allah permudahkan..Alhamdulillah. Selamat juga lahir anak buah yang kami nantikan. K.Amal adalah senior kami dalam PMIUPM dan juga rakan seangkatan aku dalam MPPUPM. ..baby tu k. Amal bagi nama Nur Wafda.

Nur Wafda bermaksud "perutusan yang terhormat". Sesetengah tafsir memberi maksud " kafilah yang terhormat". Nama yang ringkas tapi indah aku kira. Sama-sama kita mendoakan dia akan benar-benar menjadi perutusan yang terhormat...Bila aku tanya kenapa nama itu ynag dipilih, k. Amal menjawab...dia mendapat idea ketika berulang kali membaca surah maryam...cuba teliti surah maryam, ayat 85.

Sedikit cerita tentang ketabahan ibu muda ini. Dari awal kehamilan hingga dalam keadaan sarat ( 10 minggu), K. Amal masih setia menaiki motosikal NBXnya untuk ke kelas atau miting mpp. Dari satu sudut, kami memang cukup risau tetapi ternyata K. Amal pandai menjaga diri. Ibu mengandung seharusnya aktif. Tabik ah kat K. Amal...

Tak sabar nakgi tengok baby K. Amal...Nur Wafda..
~gambar kat atas hanya hiasan, bukannya anak K. Amal betul. Tak pegi tengok lagi...:> ~



Read more...

Tuesday 5 August 2008

Ayat-ayat Cinta??


Teringat kisah bagaimana boleh "terbeli novel....". Satu risalah di kampus yang menyebabkan aku berminat untuk memilikinya...


“Tolonglah aku? Aku sedih sekali.”

“Kenapa sedih?”

“Aku sedih tak diizinkan masuk surga!”

Jawaban Maria membuat aku dan Aisha kaget bukan main. Dari mana dia tiba-tiba dapat kekuatan untuk berkata sejelas itu? Apakah dia akan mati? Tanyaku dalam hati. Dan cepat-cepat aku membuang pertanyaan tidak baik itu. Tapi kenapa dia berulang-ulang menyebut-nyebut surga.

“Aku telah sampai di depan pintu surga, tetapi aku tidak boleh masuk!” ulangnya.

“Kenapa?”

“Katanya aku tidak termasuk golongan mereka. Pintu-pintu itu tertutup bagiku. Aku terlunta-lunta. Aku menangis sejadi-jadinya.”

“Aku sungguh tak mengerti dengan apa yang kau alami, Maria. Tapi bagaimana mulanya kau bisa sampai di sana?”

“Aku tidak tahu awal mulanya bagaimana. Tiba-tiba saja aku berada dalam alam yang tidak pernah kulihat sebelumnya. Dari kejauhan aku melihat istana megah hijau bersinar-sinar. Aku datang ke sana. Aku belum pernah melihat bangunan istana yang luasnya tiada terkira, dan indahnya tiada pernah terpikir dalam benak manusia. Luar biasa indahnya. Ia memiliki banyak pintu. Dari jarak sangat jauh aku telah mencium wanginya. Aku melihat banyak sekali manusia berpakaian indah satu persatu masuk ke dalamnya lewat sebuah pintu yang tiada terbayangkan indahnya. Kepada mereka aku bertanya, “Istana yang luar biasa indahnya ini apa?” Mereka menjawab, “Ini surga!” Hatiku bergetar. Dari pintu yang terbuka itu aku bisa sedikit melihat apa yang ada di dalamnya. Sangat menakjubkan. Tak ada kata-kata yang bisa menggambarkan. Tak ada pikiran yang mampu melukiskan. Aku sangat tertarik maka aku ikut barisan orang-orang yang satu persatu masuk ke dalamnya. Ketika kaki mau melangkah masuk seorang penjaga dengan senyum yang menawan berkata padaku, “Maaf, Anda tidak boleh lewat pintu ini. Ini namanya Babur Rayyan. Pintu khusus untuk orang-orang yang berpuasa.118 Anda tidak termasuk golongan mereka!” Aku sangat kecewa. Aku lalu berjalan ke sisi lain. Di sana ada pintu yang juga sedang penuh dimasuki anak manusia berpakaian indah. Aku mau ikut masuk. Seorang penjaga yang ramah berkata, “Maaf, Anda tidak boleh lewat pintu ini. Ini Babush Shalat. Pintu khusus untuk orang-orang shalat. Dan Anda tidak termasuk golongan mereka!” Aku sangat sedih. Hatiku kecewa luar biasa. Aku melihat di kejauhan masih ada pintu. Aku berjalan ke sana dengan harapan bisa masuk lewat pintu itu. Namun ketika hendak masuk seorang penjaga yang wajahnya bercahaya berkata,

“Maaf, Anda tidak boleh masuk lewat sini. Ini Babuz Zakat. Pintu khusus untuk orang-orang yang menunaikan zakat. Ada banyak pintu. Dan setiap kali aku hendak masuk selalu dicegah penjaganya. Sampai di pintu terakhir namanya Babut Taubah. Aku juga tidak boleh masuk. Karena itu khusus untuk orang-orang yang taubatnya diterima Allah. Dan aku tidak termasuk mereka. Aku kembali ke pintu-pintu sebelumnya. Semuanya tertutup rapat. Orang-orang sudah masuk semua. Hanya aku sendirian di luar. Aku menggedor-gedor pintu bernama Babur Rahmah. Tak ada yang membuka. Aku hanya mendengar suara, “Jika kau memang penghuni surga kau tidak perlu mengetuknya karena kau pasti punya kuncinya. Bukalah pintu-pintu itu dengan kunci surga yang kau miliki!” Aku menangis sejadi-jadinya. Aku tidak memiliki kuncinya. Aku berjalan dari pintu satu ke pintu yang lain dengan air mata menetes di sepanjang jalan. Aku putus asa. Aku tergugu di depan Babur Rahmah. Aku mengharu biru pada Tuhan. Aku ingin menarik belas kasihNya dengan membaca ayat-ayat sucinya. Yang kuhafal adalah surat Maryam yang tertera di dalam Al-Qur’an. Dengan mengharu biru aku membacanya penuh penghayatan. Selesai membaca surat Maryam aku lanjutkan surat Thaha. Sampai ayat sembilan puluh sembilan aku berhenti karena Babur Rahmah terbuka perlahan. Seorang perempuan yang luar biasa anggun dan sucinya keluar mendekatiku dan berkata,

“Aku Maryam. Yang baru saja kau sebut dalam ayat-ayat suci yang kau baca. Aku diutus oleh Allah untuk menemuimu. Dia mendengar haru biru tangismu. Apa maumu?”

“Aku ingin masuk surga. Bolehkah?”

“Boleh. Surga memang diperuntukkan bagi semua hamba-Nya. Tapi kau harus tahu kuncinya?”

“Apa itu kuncinya?”

“Nabi pilihan Muhammad telah mengajarkannya berulang-ulang. Apakah kau tidak mengetahuinya?”

“Aku tidak mengikuti ajarannya.”

“Itulah salahmu.”

“Kau tidak akan mendapatkan kunci itu selama kau tidak mau tunduk penuh ikhlas mengikuti ajaran Nabi yang paling dikasihi Allah ini. Aku

sebenarnya datang untuk memberitahukan kepadamu kunci masuk surga. Tapi karena kau sudah menjaga jarak dengan Muhammad maka aku tidak diperkenankan untuk memberitahukan padamu.”

Bunda Maryam lalu membalikkan badan dan hendak pergi. Aku langsung menubruknya dan bersimpuh dikakinya. Aku menangis tersedu-sedu. Memohon agar diberitahu kunci surga itu. “Aku hidup untuk mencari kerelaan Tuhan. Aku ingin masuk surga hidup bersama orang-orang yang beruntung. Aku akan melakukan apa saja, asal masuk surga. Bunda Maryam tolonglah berilah aku kunci itu. Aku tidak mau merugi selama-lamanya.” Aku terus menangis sambil menyebut-nyebut nama Allah. Akhirnya hati Bunda Maryam luluh. Dia duduk dan mengelus kepalaku dengan penuh kasih sayang,

“Maria dengarkan baik-baik! Nabi Muhammad Saw. telah mengajarkan kunci masuk surga. Dia bersabda, ‘Barangsiapa berwudhu dengan baik, kemudian mengucapkan: Asyhadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh (Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya) maka akan dibukakan delapan pintu surga untuknya dan dia boleh masuk yang mana ia suka!’ 119 Jika kau ingin masuk surga lakukanlah apa yang diajarkan olah Nabi pilihan Allah itu. Dia nabi yang tidak pernah bohong, dia nabi yang semua ucapannya benar. Itulah kunci surga! Dan ingat Maria, kau harus melakukannya dengan penuh keimanan dalam hati, bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah. Tanpa keimanan itu, yang kau lakukan sia-sia. Sekarang pergilah untuk berwudhu. Dan cepat kembali kemari, aku akan menunggumu di sini. Kita nanti masuk bersama. Aku akan membawamu ke surga Firdaus!”

Setelah mendengar nasihat dari Bunda Maryam, aku lalu pergi mencari air untuk wudhu. Aku berjalan ke sana kemari namun tidak juga menemukan air. Aku terus menyebut nama Allah. Akhirnya aku terbangun dengan hati sedih. Aku ingin masuk surga. Aku ingin masuk surga. Aku ingin ke sana, Bunda Maryam menungguku di Babur Rahmah. Itulah kejadian atau mimpi yang aku alami. Oh Fahri suamiku, maukah kau menolongku?”

“Apa yang bisa aku lakukan untukmu, Maria?”

1“Bantulah aku berwudhu. Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya. Suamiku, bantu aku berwudhu sekarang juga!”

Aku menuruti keinginan Maria. Dengan sekuat tenaga aku membopong Maria yang kurus kering ke kamar mandi. Aisha membantu membawakan tiang infus. Dengan tetap kubopong, Maria diwudhui oleh Aisha. Setelah selesai, Maria kembali kubaringkan di atas kasur seperti semula. Dia menatapku dengan sorot mata bercahaya. Bibirnya tersenyum lebih indah dari biasanya. Lalu dengan suara lirih yang keluar dari relung jiwa ia berkata:

Asyhadu an laa ilaaha illallah

wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh!

Ia tetap tersenyum. Menatapku tiada berkedip. Perlahan pandangan matanya meredup. Tak lama kemudian kedua matanya yang bening itu tertutup rapat. Kuperiksa nafasnya telah tiada. Nadinya tiada lagi denyutnya. Dan jantungnya telah berhenti berdetak. Aku tak kuasa menahan derasnya lelehan air mata. Aisha juga. Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun!

Maria menghadap Tuhan dengan menyungging senyum di bibir. Wajahnya bersih seakan diselimuti cahaya. Kata-kata yang tadi diucapkannya dengan bibir bergetar itu kembali terngiang-ngiang ditelinga:

“Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya.

Sambil terisak Aisha melantunkan ayat:

Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah

irji’ii ilaa Rabbiki

raadhiyatan mardhiyyah

Fadkhulii fii ‘ibaadii

wadkhulii jannatii

(Hai jiwa yang tenang

Kembalilah kamu kepada Tuhanmu

dengan hati puas lagi diridhai

Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu

Maka masuklah ke dalam surga-Ku.120)


Petikan dari novel Ayat-ayat Cinta.


Read more...

Sunday 3 August 2008

Dialah Serikandiku


Dia...Melangkah gagah

Senyum simpul terhias di wajah

Karisma, wibawa

Usah cerita

Semua bias kubaca

Dalam sekilas bicara

Dia..Mudah didekati

Malah bias dihampiri

Ramah, halus,santun orangnya

Keikhlasan terpancar

Dalam sederhana perilaku

Dia..Akan kupilih sebulat hati

Sebagai contoh teladan

Sebagai ikon terpelajar

Yang bisa menggoncang kampus

Dengan lantang tegas bicara

Teguh dalam melontar pendirian

Menghangatkan isu membela keadilan

Menggendong kebajikan

Dialah serikandiku
Ini sajak yang dihadiahkan oleh seorang sahabat yang amat kusenangi..Ketika saat diri bertempur dalam perang PRK 11 bulan lepas.Menggambarkan harapan beliau terhadap pemimpin pilihan. Maaflah, diri ini tidak mampu merealisasi kan impian ramai orang. Diri ini sedang berusaha untuk menjadi seperti srikandi...Doakan :>

Read more...

Saturday 2 August 2008

Anti-intelektualisme



Sedikit perkongsian apa yang diperolehi ketika konvensyen MPP 20 IPTA baru-baru ini.
Satu lagi “isme” baru yang melanda masyarakat terutamanya golongan pelajar atau mahasiswa. Sekali lagi, isu ini bukan isu baru tetapi mula di beri nama yang ‘cantik’. Apabila disebut intelek, focus kita adalah lebih kepada golongan yang bijak pandai atau ahli akademik. Intektualisme merujuk kepada semua aktiviti yang menjurus kepada perkara yang melibatkan akademik atau bersifat sesuatu yang bijak pandai. Seperti mentelaah, perbincangan, SCL, analisis, kaji selidik, pembacaan, penaakulan, penulisan tesis dan sebagainya. Tetapi apabila diberi tambahan “Anti” di hadapannya, maknanya akan berubah menjadi sebaliknya.
Cirri-ciri pelajar dilanda “virus” ini ialah:
· Lebih sukakan hiburan
· Lebih berminat dengan carnival,konsert, membeli-belah
· Suka berpesta dan keraian berlebihan
· Tidak minat aktiviti percambahan minda dan bersifat akademik
· Pergaulan bebas yang keterlaluan
· Malas berpesatuan akademik

Dan beberapa ciri lain lagi. Jika disemak semula, segala ciri ini boleh disimpulkan menjadi satu perkataan mudah iaitu “hedonism” ( satu lagi spesies isme). Hedonism bermaksud satu gejala atau fenomena ketaksuban yang melampau seseorang atau golongan terhadap hiburan.

Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan pelajar atau mahasiswa boleh terperangkap dalam “anti-intelektualisme” ?
Golongan bergelar mahasiswa sepatutnya golongan yang mencintai ilmu dan taksub kepada aktiviti bersifat akademik dan percambahan minda. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. ( tidak semua).
Jawapan yang mudah..
Persekitaran mahasiswa itu sendiri yang menggalakkan fenomena ini berlaku. Ya, kita tidak boleh menyalahkan pelajar itu semata. Harus dilihat dari pelbagai aspek dan juga pelbagai pihak. Pada pandangan peribadi, suburnya gejala ini adalah bermula atau bercambah di kampus sendiri. Mungkin bukan di sini ia bermula tetapi kampus menjadi satu medium yang penuh “nutrient” dan “zat” yang diperlukan oleh anti-intelektualisme ini hidup subur dan membaka-biak.

Lihat saja di kampus. Apa yang tidak disediakan?Minggu pertama kemasukkan sahaja, pelajar didedahkan dengan pelbagai cheers, malam tunas budaya, malam tradisi kolej dan sebagainya. Kemudian di sambut pula dengan senior yang memperkenalkan pelbagai suasana baru. Tempat membeli-belah. Pesta sana-sini. Jom heboh merata negeri, konsert penyanyi itu, penyanyi ini, pementasan musical, tayangan gambar percuma. Wah, belum sebulan berlalu, sudah arif semua.
Pihak pengurusan kolej dan university pula menabur baja. Pelbagai aktiviti hiburan yang disembunyikan di bawah nama “kebudayaan” diperkenalkan. Tarian, teater sudah hidanagn wajib bagi setiap kolej. Setiap minggu ada sahaja pertandingan yang diadakan. Setiap kali program rasmi kolej, tarian juga menjadi hiburan.

Pendek kata aktiviti hiburan memang subur di mana-mana kampus.
Mana mungkin pelajar tidak dilekakan dengan anti-intelektualism jika pihak kampus sendiri yang membuka seluas ruang untuk pelajar.
Mana mungkin terhasilnya bayang yang lurus jika kayunya bengkok.
Mana mungkin……

Read more...

Sustainable development@ Pembangunan Lestari


( Siri 1) Lestari @ Wasatiah


Apa itu pembangunan lestari? Diri ini mula tertarik dengan isu ini bila berjumpa dengan sahabat sefikrah dari USM. Isu ini sudah agak lama sebenarnya. Cuma kurang diberi perhatian oleh banyak orang. Bila bercakap pasal pembangunan lestari, biasanya ia terbahagi kepada 3 aspek iaitu lestari dari segi:
1. Ekonomi
2. Persekitaran
3. Sosial

Mungkin diri ini bukan orang yang arif atau sesuai untuk membicarakan tentang isu ini. Tetapi, sekadar perkongsian apa yang difahami sepanjang sehari membincangkan bab ini. Ya, mungkin saudari Rogayah atau Izzati boleh membetulkan kefahaman diri ini.
Secara definisi mudahnya, lestari bermaksud kita menggunakan sumber yang ada di sekeliling kita secara optimum tetapi tidak menafikan hak generasi akan datang. Sebagi contoh, kita menggunakan kayu kayan dan juga hutan untuk pembangunan tetapi dalam masa yang sama kita mencari jalan supaya generasi akan datang dapat juga mengecapi sumber tersebut. Langkahnya ialah menanam semula pokok2.
Mengamalkan kehidupan lestari dapat mengelakkan gejala yang tidak sihat. Stress merupakan salah satu tanda kita sebenarnya tidak mengamalkan kehidupan lestari.
Contohnya dari segi Ekonomi. Apa yang dikatakan kita lestari dari segi ekonomi? Kita lestari dalam ekonomi apabila kita berjaya menguruskan kewangan dengan bijak. Dari konteks pelajar, pinjaman PTPTN atau biasiswa sepatutnya diuruskan dengan baik supaya duit itu mencukupi sehingga akhir semester. Yang biasanya berlaku, di awal sem( ketika duit baru masuk), kehidupan pelajar cukup mewah. Setiap hari makan makanan segera, menukar model handphone, membeli belah x ingat dunia dan sebagainya. Akhirnya di akhir sem, dah pokai. Makan meggi sahaja untuk menampung kehidupan. Alangkah tidak lestarinya kita.
Baru- baru ini kita ada mendengar rungutan pelajar tentang ketidakcukupan wang untuk menampung perbelanjaan di universiti. Kebanyakan harga barangan sudah naik tetapi kadar biasiswa masih di takat 5 tahun dahulu. PTPTN contohnya, masih RM3500 semester. Ditolak yuran pengajian, yuran kolej dan sebagainya,baki yang tinggal hanyalah beberapa ratus. Secara logiknya, memang tidak mencukupi untuk menampung hidup selama enam bulan.Dengan bukunya, fotostatnya, makan minum. Itu belum ditambah dengan belanja top up dan juga petrol. Sesekali membaiki kenderaan yang meragam.. Jadi ada beberapa usul supaya PTPTN dinaikkan kadarnya (cth; RM5000). Tetapi masalah yang dapat dilihat dari segi masa panjang, pelajar akan menghadapi risiko yang lagi besar untuk menjadi graduan yang berhutang( hutang yang lagi besar).Mana mungkin dapat kita merealisasikan kehidupan lestari kelak? Kenapa tidak kita usulkan supaya kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar ( seperti satu pihak pernah menjanjikan dulu) ? Jadi,kadar PTPTN tidak perlu dinaikkan. (hehe…macam senang jer-sekadar lontaran). Sebenarnya dalam Islam,lestari memang ditekankan. Kita ada satu istilah iaitu “Wasatiah” iaitu kesederhanaan. Inilah sebenarnya jalan terbaik untuk mencapai Kehidupan Lestari. Betapa sesuainya Islam itu, bersesuaian dengan fitrah manusia. “Islam is my waf of Life”…bersambung di siri 2.

Read more...

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP