Sunday 23 August 2009

Kaedah Perubatan Moden berhubung Perkara Yang Membatalkan Puasa


Beberapa rawatan yang melibatkan memasukkan sesuatu ke dalam rongga telah diputuskan oleh para fuqaha’ kontemporari. Fatwa ini turut dikeluarkan oleh Majlis Himpunan Fiqh Islam ke 10 yang bersidang di Jeddah, Saudi Arabia pada tarikh 23 hingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998M).




Kaedah rawatan moden berikut disepakati tidak bertentangan dengan hukum syarak bahawa ianya tidak membatalkan puasa;




1. Ubat titis mata dan titis telinga atau pencuci telinga, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke tekak.


2. Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau semburan hidung, jika dielakkan menelan ke halkum.


3. Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung atau menangani sesak nafas, sekiranya ia dielakkan menelan apa yang sampai ke tekak.


4. Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian atau air mandian, vaginoscope atau jari doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).


5. Memasukkan uteroscope atau Intrauterine Contraceptive Device (IUD atau IUCD) dan selainnya ke dalam rahim.


6. Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing sama ada lelaki atau wanita seperti probe, urethroscope, barium, pencuci urethra, radio-opaque, atau ubat, larutan untuk mencuci pundi kencing.


7. Mencabut gigi, menampal gigi, cuci gigi atau gosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagimana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).


8. Semua jenis suntikan– kecuali Parenteral Nutrition dan cecair tenaga yang lain melalui saluran darah.


9. Bantuan oksigen.


10. Memberi gas pelali (bius atau anesthetic gases).


11. Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun terdapat bahan kimia yang menyerap ke dalam kulit seperti pelekat berubat pada kulit.


12. Semua jenis tiub yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana anggota badan (chateterization).


13. Memasukkan laparoscope ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.


14. Semua jenis ubat kumur seperti mouth-rinsing gargle dan semburan ubat dalam mulut selagi mana tidak ditelan ke dalam halkum.


15. Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.


16. Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau mana-mana anggota badan (biopsy).


17. Memasukkan apa-apa alat atau bahan rawatan ke dalam otak atau saraf tunjang.



Berikut ialah perkara yang diperselisihkan dari segi hukum membatalkan puasa atau tidak. Majoriti ulama dan pakar perubatan dalam persidangan IOMS ke 10 memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:



1. Ubat asma iaitu secara inhaler, turbuhaler dan rotahaler.


2. Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur).


3. Operasi pembedahan yang menggunakan bius seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan. Pesakit juga tidak diberi suntikan mengandungi larutan bernutrien.


4. Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis.



Manakala Majlis Himpunan Fiqh Islam dalam persidangannya ke 10 telah menangguhkan 4 perkara yang diperselisihkan di atas untuk membuat kajian lanjut. Selain 4 perkara di atas, terdapat 2 lagi perkara yang belum diputuskan secara muktamad;



1. Berbekam.

2. Mengambil sampel darah untuk ujian makmal atau memindahkan daripada penderma darah atau orang yang menerima darah.



Pendapat penulis secara peribadi; Hal yang diperselisihkan di atas tidak membatalkan puasa kerana ia tidak mengandungi maksud menambah tenaga kepada pesakit kecuali kes menerima darah. Menerima darah hampir sama maksudnya menerima suntikan yang mengandungi nutrien yakni menambah tenaga kepada pesakit.



Manakala masalah berbekam, penulis cenderung kepada pendapat tidak batal puasa berdasarkan terdapat sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang berbekam dalam keadaan mereka berpuasa.



Hadis Ibnu Abbas r.a mengenai Nabi s.a.w berbekam dalam keadaan beliau berpuasa telah memansukhkan hadis yang direkodkan oleh Ibnu Majah mengenai kenyataan Rasulullah s.a.w berkenaan batalnya puasa orang yang membekam dan dibekam. Wallahua’alam.




Ummu Abbas
1 Ramadan 1430H
5.07am

http://keranacinta.wordpress.com/

Read more...

1,2, dan 3..


1. Kepada SEmua umat islam di seluruh Dunia terutamanya sahabat2 kat UPM:



SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN kareemm..


BERsama MENGHAYATI dan meMAKNAInya...




2. Selamat bergraduasi kepada semua sahabat2 seBAKSIS, sahabat PMIUPM, pelajar UPM dan semua sahabat taulan yg bergraduasi tahun ni..Tahniah..yg ada blog, jgn lupa upload gambor konvo..(*kak calm,bile nak tunjuk gambor konvo?)..sori lambat ucap..






3. selamat Ulangtahun kelahiran kepada Kak MUstika,Kak Baiti dan Cik Bahirah..moga bertambah iman,ilmu dan amal seiring pertambahan usia..(maaf kalau ada yg terlupa..ingatan lemahlah sekarang ni..nak kena org ingatkan...)

Read more...

Sunday 16 August 2009

~Cerita Duet~



Pada suatu hari, terjadilah perbualan antara duet singgit ngn duet 50 hinggit….





Singgit : salam bro! ko per cer? Lame x nmpk?? gi mner??



50hinggit : wassalam…emm..ak merate gi..konsert af, klcc, kfc,gi stadium tgk bola, cc,lepak times square..tmpt2 cmtu r..ko? lg jrg nmpk ko? Mne ko slalu lepak?



Singgit : hmm..ak mcm biase r(slow jer jwb)mcm nie jer..xde tmpt len..SURAU..MASJID..SURAU~


RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.



Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.



~~~pikir-pikirkan lah~~~
~duet 50 hinggit tu nak merasa gak gi masjid,surau...saper nak tunaikan impiannya?~

Read more...

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP