Wednesday, 30 September 2009

Kalaulah kita sentiasa sedar..

Kalaulah kita semua selalu sedar
Lahirnya kita di dunia hanyalah sebagai peminjam
Peminjam modal untuk cari keuntungan yg abadi



Kita dipinjamkan nyawa
Kita dipinjamkan tubuh badan yang sihat
Kaki, tangan, mata, telinga ,mulut dan semuanya
Kita dipinjamkan akal fikiran
Kita dipinjamkan kesempatan, ruang dan peluang untuk mencari ilmu



Kita dipinjamkan insan di sekeliling kita
Ibu bapa, keluarga, kawan-kawan
Sebagai penguat, sebagai pendorong, sebagai penenang jiwa, penyejuk mata



Kita dipinjamkan kekuatan, kelebihan
Udara, langit, bumi dan seluruh isinya



Hanya sebagai modal untuk mencari bekalan
Mencari keuntungan di sana yang abadi



Kalaulah kita selalu sedar
Semua pinjaman itu diberi secara percuma
Tak ada sebarang bunga
Sampai masanya, semuanya harus dipulangkan
Sampai masanya
Yang entah bila
Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin beberapa tahun lagi
Mungkin sedetik lagi



Mungkin diambil semula satu persatu
Mungkin diambil sekaligus



Kalaulah kita selalu sedar
Selagi diberi pinjaman itu
Kita harus merebutnya untuk mencari ‘keuntungan’





Kalaulah aku dapat sentiasa sedar akan semua itu
Kalaulah aku selalu sedar apa yang aku tuliskan akan diuji




Semoga tulisan ini selalu sentiasa mengingatkan aku
Pada semua itu

Read more...

Monday, 28 September 2009

Manusia sentiasa LAYAK untuk berubah..


Masa merubah dan mendewasakan manusia yang mahukan kebaikan. Secara fitrahnya, semua manusia mahukan kebaikan dalam hidupnya. Tapi sejauh mana KEBAIKAN itu ditafsirkan maknanya, terpulang kepada individu masing2.


Manusia akan sentiasa berubah. (nak atau taknak je).


Sepatutnya kita memberi peluang kepada sesiapa yang ingin berubah.. secara peribadi,aku percaya dan meyakini manusia itu sentiasa ada peluang, ruang dan layak untuk BERUBAH..dan kita patut memberi ruang dan peluang itu..



Masa depan kita rahsia Allah..
Kita hanya mampu berusaha, merancang dan berdoa..


Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita.



Hari ini kita A. Mungkin esok kita B,C,D…
Apa yang baik, kita doakan supaya ia kekal dan apa yg buruk, kita usaha perbaiki..


Begitu juga orang laen. Mungkin harini dia teruk. Kita benci, x suka , meluat dll. Tapi kita mesti SELALU ingat. MANUSIA ITU BOLEH BERUBAH..mungkin esok lusa dia lebih baik daripada kita..



Sebagaimana kita mengharap org menerima perubahn kita ke arah kebaikan, begitu juga kita harus bersikap.


Masa merubah sisi pandangan. Masa mengubah persepsiku pada KEHIDUPAN.


SALAM AIDILFITRI
Selamat kembali kepada FITRAH
~dari jauh kupohonkan kemaafan~

Read more...

Thursday, 3 September 2009

Irhamna Ya Allah



Tinggi menggunung dosa-dosaku
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Segala puji hanya bagiMu
Lautan ampunan kasih sayangMu

Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
Hanya padaMu hati ini berharap
Irhamna ya Alloh
ya Rohman ya Rohim


Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami
Ampun
Ampun

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Irhamna ya alloh
ya rohman
ya rohim

Read more...

Bagaimana Ramadhan kita ?

Assalamualaikum..


dah hampir separuh Ramadhan kita lalui.


macam maner dengan pengisian.?


masihkah rancak seperti di awal ramadhan...?


masih kuatkah azam kita seperti di awal Ramadhan?



Ya Allah...

kuatkanlah diri ini, hati ini dalam merebut redhaMu di bulan mulia ini..

Read more...

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP