Saturday, 2 August 2008

Anti-intelektualisme



Sedikit perkongsian apa yang diperolehi ketika konvensyen MPP 20 IPTA baru-baru ini.
Satu lagi “isme” baru yang melanda masyarakat terutamanya golongan pelajar atau mahasiswa. Sekali lagi, isu ini bukan isu baru tetapi mula di beri nama yang ‘cantik’. Apabila disebut intelek, focus kita adalah lebih kepada golongan yang bijak pandai atau ahli akademik. Intektualisme merujuk kepada semua aktiviti yang menjurus kepada perkara yang melibatkan akademik atau bersifat sesuatu yang bijak pandai. Seperti mentelaah, perbincangan, SCL, analisis, kaji selidik, pembacaan, penaakulan, penulisan tesis dan sebagainya. Tetapi apabila diberi tambahan “Anti” di hadapannya, maknanya akan berubah menjadi sebaliknya.
Cirri-ciri pelajar dilanda “virus” ini ialah:
· Lebih sukakan hiburan
· Lebih berminat dengan carnival,konsert, membeli-belah
· Suka berpesta dan keraian berlebihan
· Tidak minat aktiviti percambahan minda dan bersifat akademik
· Pergaulan bebas yang keterlaluan
· Malas berpesatuan akademik

Dan beberapa ciri lain lagi. Jika disemak semula, segala ciri ini boleh disimpulkan menjadi satu perkataan mudah iaitu “hedonism” ( satu lagi spesies isme). Hedonism bermaksud satu gejala atau fenomena ketaksuban yang melampau seseorang atau golongan terhadap hiburan.

Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan pelajar atau mahasiswa boleh terperangkap dalam “anti-intelektualisme” ?
Golongan bergelar mahasiswa sepatutnya golongan yang mencintai ilmu dan taksub kepada aktiviti bersifat akademik dan percambahan minda. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. ( tidak semua).
Jawapan yang mudah..
Persekitaran mahasiswa itu sendiri yang menggalakkan fenomena ini berlaku. Ya, kita tidak boleh menyalahkan pelajar itu semata. Harus dilihat dari pelbagai aspek dan juga pelbagai pihak. Pada pandangan peribadi, suburnya gejala ini adalah bermula atau bercambah di kampus sendiri. Mungkin bukan di sini ia bermula tetapi kampus menjadi satu medium yang penuh “nutrient” dan “zat” yang diperlukan oleh anti-intelektualisme ini hidup subur dan membaka-biak.

Lihat saja di kampus. Apa yang tidak disediakan?Minggu pertama kemasukkan sahaja, pelajar didedahkan dengan pelbagai cheers, malam tunas budaya, malam tradisi kolej dan sebagainya. Kemudian di sambut pula dengan senior yang memperkenalkan pelbagai suasana baru. Tempat membeli-belah. Pesta sana-sini. Jom heboh merata negeri, konsert penyanyi itu, penyanyi ini, pementasan musical, tayangan gambar percuma. Wah, belum sebulan berlalu, sudah arif semua.
Pihak pengurusan kolej dan university pula menabur baja. Pelbagai aktiviti hiburan yang disembunyikan di bawah nama “kebudayaan” diperkenalkan. Tarian, teater sudah hidanagn wajib bagi setiap kolej. Setiap minggu ada sahaja pertandingan yang diadakan. Setiap kali program rasmi kolej, tarian juga menjadi hiburan.

Pendek kata aktiviti hiburan memang subur di mana-mana kampus.
Mana mungkin pelajar tidak dilekakan dengan anti-intelektualism jika pihak kampus sendiri yang membuka seluas ruang untuk pelajar.
Mana mungkin terhasilnya bayang yang lurus jika kayunya bengkok.
Mana mungkin……

0 comments:

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP