Bagaimana aku bermula...PMI
assalamualaikum...
sekadar perkongsian bagaimana diri ini boleh bersama keluarga besar PMIUPM..sehingga sekarang ditaklifkan sebagai salah seorang exco PMIUPM.
mungkin ramai yang menyangka aku mendaftar sebagai PMIUPM ketika hari bazar persatuan 3 tahun lepas..Silap sama sekali. Memang benar itulah saatnya aku mengenali nama PMI. Tetapi tidak terdetik dihatiku untuk mendaftar. Bukan kerana telah di"cuci otak" oleh mana2 pihak tetapi aku menganggap persatuan ini tidak berbeza dengan persatuan lain yang hanya mempunyai nama tetapi tiada ber"roh". Nama sahaja gah tetapi langsung tak aktif. Itu persepsi pertamaku...Ketika di semester kedua baru aku berjinak2 dengan PMI melalui perkenalanku dengan beberapa orang senior di kolej. Rupa2nya PMI itu sungguh aktif dan menyenangkan. Peranan yang dimainkan tidak seperti persatuan lain..DAKWAH..Ye itulah roh yang aku temui.
0 comments:
Post a Comment