Sunday, 7 September 2008

Hakikat Sebuah Kehidupan..


Harini genap 6 hari ummat Islam berpuasa. Macam-macam ragam yang dapat kita jumpa pada bulan ni yang biasanya xde dalam bulan-bulan lain. Aku pula silih berganti berbuka dan berterawih di beberapa tempat. Selalunya berbuka di masjid atau rumah sahaja. Berterawih di masjid atau surau belakang rumah.Tetapi berlainan dengan harini..Lain? Ya, harini aku berbuka di hospital Serdang.

Kesempatan yang ada digunakan untuk aku melawat seorang pelajar UPM yang dimasukkan ke hospital.Nor Asikin namanya. Tatkala pertama kali melihat wajahnya yang terbaring lemah di hospital, hatiku sayu. Insaf datang serta merta. Sedih melihat keadaan dirinya yang terbaring lesu dengan tiub yang berselirat. Rasanya inilah kali pertama aku memasuki wad ICU untuk melawat seseorang. Gerun melihat aneka alat canggih dan pelik2 yang menghiasi bilik pesakit. Tambahan pula, biliknya jauh berbeza dari bilik pesakit lain walaupun masih di unit yang sama. Nor Asikin..Hakikatnya inilah kali pertemuan pertama kami sebagai seorang saudara Islam. Pertemuan yang unik aku kira.Sebelum ni, aku memang tidak pernah kenal insan yang bernama Asikin ini walaupun pernah sekolej dengannya 2 tahun yang lepas. Tapi atas ajakan seorang sahabat yang mengajak aku dan dengan izin Allah, aku bersua dengannya lantas menyiram rasa insaf dalam diri. Mungkin diri terlalu lali dengan nikmat kesihatan yang dianugerahkan. Kadang-kadang kita lupa akan nikmat yang satu ini. Bila sakit, baru kita sedar nilai sebuah kesihatan..Pada mulanya aku ingin turun melawat sebagai Exco Kebajikan PMIUPM dan juga kononnya seorang MPP yang prihatin, tapi semuanya berubah. Ya, aku datang sebagai seorang saudara Islam yang melawat saudaranya yang dalam ujianNya.

Tatkala tanganku menyentuh tangannya dan berbual sekadarnya. Dia hanya mampu mengangguk dan menggeleng. Tiub besar yang memenuhi ruang mulutnya tidak memungkinkannya bersuara. Begitu juga darah kering di kelopak mata yang membuatkannya tertutup rapat. Hanya mampu mendengar dan menggengam tangan si pelawat. Kami berbual-bual dgn cara yang berbeza. Berkenalan dengan cara yang pelik. Hati bertambah sayu bila dia menggengam kukuh tanganku. Seperti ingin berkongsi derita yang ditanggungnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Hanya perkataan biase yang mampu aku ucapkan. Mungkin dia juga sudah lali. Sabar, ingat Allah,ini hanya ujian, Allah lebih sayangkan sikin…mungkin ini yang selalu didengarnya sejak 2 hari yang lalu sejak sedar dari koma..

Menyusur cerita di sebalik peristiwa ini…dengan suara yang sayu, ibunya bercerita. Asalnya, mulutnya berdarah, merekah dan matanya sakit dan bengkak. Apabila dirujuk PK, pegawai kesihatan dengan selambanya berkata: “Awak mungkin akan jadi buta, bisu dan pekak. Jadi makan ubat ni kalau awak tidak mahu jadi buta, bisu dan pekak..” sejenis ubat dan antibiotic diberikan. Bertitik tolak dari situu, keadaannya semakin parah. Hampir seluruh wajahnya seolah-olah melecur dan bertempek dengan darah kering. Di bawa ke hospital, koma selama 4 hari dan akhirnya sedar seperti yang aku lihatt tadi..sejarahnya, dia mengidap Talesemia.. tetapi menurut ibunya, inilah kali pertama anaknya jadi begini sejak disahkan mengidap Talesemia sejak berumur 6 bulan lagi..

Disebalik rasa sedih yang membukit,aku merasa sedikit terkilan. Di mana etika seorang pegawai perubatan sehingga sanggup mengeluarka kata-kata yang bagi aku begitu mengganggu emosinya…Terngiang-ngiang di telingaku..“Awak mungkin akan jadi buta, bisu dan pekak. Jadi makan ubat ni kalau awak tidak mahu jadi buta, bisu dan pekak..”..Tambahan pula, si pesakit baru kehilangan orang yang tersayang sebelum itu. Abahnya baru meninggal dunia pada ogos yang lepas.. Bayangkan betapa remuk dan terganggunya emosi sahabat kita ni..Betapa cekalnya pula hati si ibu. Baru kehilangan suami, anak pula ditimpa musibah. Subhanallah…begitu sayang Allah pada keluarga ini.

Inilah hakikat sebuah kehidupan. Ujian memang akan selalu ada. Sekejap sihat..tup-tup, jatuh sakit . Sekejap bahagia, tiba-tiba disulami derita. Hidup pasti akan mati. Hakikat yang kita sudah maklum tetapi kita sering lupa. Sering leka. (bak kata kaklin).2 minggu lepas, aku baru terkesan dengan sahabat yang kehilangan ibunya. Kehilangan yang kita amat geruni. Melihat wajahnya yang tenang, aku cuba mengagak sendu di hatinya. Siapa yang tidak pilu kehilangan orang yang paling bermakna dalam hidup kita. Perginya pula di saat manusia lain sibuk bersiap menunggu ramadhan dan syawal.Aku sendiri kurang yakin dengan kemampuanku untuk berdepan dengan saat itu..Sesungguhnya aku amat takut. Tapi detik itu pasti tiba. Jika bukan mereka yang tinggalkan mereka, mungkin kita yang terlebih dahulu meninggalkan mereka….

Inilah hakikat sebuah kehidupan. ..

Bersyukurlah…kita masih mampu berpuasa dalam keadaan sihat. Masih mampu menikmati keindahan Ramadhan.Masih mempunyai ibu yang selalu kita telefon dan meluahkan kerinduan pada masakannya pada bulan puasa. Masih mempunyai ayah yang selalu mendoakan kebaikan anaknya…

Disaat kita bahagia, ada yang terlantar derita. Ada yang berendam airmata. Ada yang menanggung rindu pada ibunya yang baru pergi. Dalam kesayuan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma…

P/s ; Ada kesempatan, pergilah melawat. Tingkat 4, wad ICU, katil 13, Hospital Serdang..Tidak putus-putus juga ibunya minta didoakan anaknya..

0 comments:

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP