Nak cuba 1 permainan??
Nak bermain satu permainan?Tapi permainan ini sangat susah. Tak sesenang yang disangka. Nama permaianan ini ialah Penipuan.Penipuan merupakan satu permainan minda yang amat mencabar. Akhir permainannya harus selari dengan awalnya. Hanya yang mempunyai IQ tinggi sahaja yang akan berjaya dalam permainan ini.Pemainnya harus berani dan mempunyai persediaan yang cukup rapi. Jika tidak, permainan penipuannya akan cepat “game over”. Dan sekali “game over”, sukar untuk diterima bermain semula.Permainan penipuan ini memerlukan pemainnya mempunyai ingatan yang maha kuat. Fakta tipu yang pernah dikeluarkannya harus diingati dengan sempurna. Segala episode yang ingin dicipta harus datang spontan. Di sini, kreativiti yang tinggi amat diperlukan untuk menghadapi keadaan yang pasti datang tanpa isyarat dan tak terjangka. Banyak yang harus dikorbankan dalam permainan ini. Hati yang derita, jiwa yang bakal terseksa. Belum ditambah lagi dengan hambatan rasa bersalah. Yang menang takkan aman, yang kalah akan terseksa. Kepada yang sudah terjebak dalam permainan ini, masih ada peluang buatmu. Tamatkan permainan ini dengan segera sebelum ianya sampai ke penghujung jalan di mana sudah tiada ruang untuk berpatah balik atau meneruskan langkah. Yang ada hanyalah “game over”. Sebelum hal ini berlaku, cepat-cepatlah tamatkan permainan. Tapi harus diingat, syarat menamatkan permainan, akhirnya mesti selari dengan permulaannya. Jika anda mempunyai ciri-ciri seperti IQ yang tinggi, kreatif, tabah, hati batu, berani, kuat ingatan dan seumpamanya,selamat bermain. Jika anda menang,anda akan dapat apa yang diimpikan dan semestinya lumayan. Pada yang kalah, kelukaan akan berpanjangan. Tapi harus ingat, yang menang atau kalah secara automatic akan kehilangan ketenangan, ketenteraman, keberkataan dan keredhaan. Ini perjanjiannya…Beranikah anda untuk mencuba permainan ini?
p/s: kepada yang sedang bermain, cepat tamatkan secara berhikmah. Kepada yang baru nak cuba, fikir sekali lagi. Kepada yang dah menang, satu soalan…..MENANGKAH ANDA???
Amaran keras-jangan sekali2 cuba bermain permainan ini dengan hati anda sendiri. Konfem anda akan kalah.
0 comments:
Post a Comment