Monday, 27 July 2009

Dah sampai Besut..



Minggu lalu, masa berseorangan mengunjungi HKL, aku lihat 1 fenomena..Rata2 petugas hospital memakai penutup mulut. Lagi2 yg jaga kaunter pertanyaan.




Ermm…ni mesti pasai wabak H1N1 @ influenza A.



Gerun jugak kat hati.




2 hari balik dari HKL, badan rasa panas, selsema dan sakit tekak..Awat ni?




Tetiba tertengok iklan kat TV:




“jikalau anda baru pulang dari negara2 penularan H1N1 seperti…..bla,bla, dan mengalami gejala2 seperti berikut:


· Demam


· Sakit kepala


· Selsema


· Sakit tekak


“sila dapatkan rawatan segera. Anda mungkin menghidap H1N1



*lebih kurang bunyinya*







Alamak..aku kena H1N1 ker?...Nauzubillah…



Aku ada tanda2 tapi tak pernah pergi negara2 yg disebut…



Takkan sebab pegi HKL aritu kot?



Rasa2nya dah elak dari org ramai. Sengaja pulak x guna lif.(elak duk dalam ruang tertutup-hehe…betul ke pencegahan ni?)



Huh…cuak2…x henti2 doa..



Telan panadol dan tido.



Pagi esoknya, demam dah kebah. Alhamdulillah…hilang rasa cuak.



Masa belek2 paper, adalah 1 artikel pasal keburukan udara yg terperangkap. Boleh menyebabkan demam, selsema dan sakit tekak..



Huh..tersenyum lebar. Akulah mangsanya ni. Memang kat umah kak ni, udara selalu terperangkap. Kak jarang bukak tingkap umah. Elak kena ngintai katanya…(perasan betul). Tapi umah jiran memang dekat giler.




Nak udara fresh..nak udara fresh..x nak udara KL.



Bila dah balik kg semula, Fuh lega. Udara fresh. Jauh dari H1N1.



Tapi aku silap besar..




Berita terkini:




“…BESUT: Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) di sini, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini apabila tujuh kes yang mempunyai simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikesan, semalam…”Berita harian.



Hoho…kenapa?kenapa?



H1N1 dah sampai kat Besutku terchenta…dan, IPSM tu hanya bbrp km jer dr umah.



Aku kembali risau.



Ptg tadi, ronda2lah depan IPSM. Ramai pelajar tengah angkut beg. Balik kg. IPSM ditutup seminggu..



Sebelum ni, dah bbrp sek,politek dan U kat trgn dah diarah tutup.




“Sebelum ini, beberapa premis ditutup di negeri ini akibat H1N1 iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) di Marang..Berita Harian.



Ya Allah..jauhkanlah kami dari musibah H1N1 ini.. selamatkanlah Besutku, Terengganuku, Malaysiaku…dan sahabat2ku kat UPM..



Sama2 wat pencegahan. Utamakan kebersihan diri dan persekitaran. Ikut saranan pakar perubatan..



~UPM masih ok,kan?

Read more...

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP