Friday, 27 November 2009

Mencari 'Ibrahim' dan 'Ismail' dalam jiwa!!


“Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha untuk bersama-sama dengannya, nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa, aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?Anaknya menjawab : Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.”[102]. Setelah keduanya berserah kedua-duanya bulat-bulat menjunjung perintah Allah itu dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami.[103] Serta kami menyerunya : Wahai Ibrahim-[104] Engkau telah meyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianalh sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.[105] Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata[106] Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor bintang sembelihan yang besar[107] Dan kami kekalkan baginya nama ynag harum dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian[108].”

~as-soffat~




Mencari 'Ibrahim' dan 'Ismail' dalam jiwa!!




Salam Aidiladha

Read more...

Wednesday, 18 November 2009

Tafakkur di bawah langitMu





Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian




Lepas hati memandang lautMu
Terheran diri pada langitMu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahMu


Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu



Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu




Bumi akan sepi
Bangga sementara
Adakah tempat kembali
Adakah selain Allah

[tafakkur-opick]

Read more...

Jom puasa Zulhijjah..


bismillahhirrahmanirrahim..



Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :



“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”.



Para Sahabat Baginda bertanya :


“Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” .



Ujar Baginda :


“Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.




Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.



Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.






Apa yang difahamkan, 10 hari yang baik tu adalah 1-10 zulhijjah. Maksudnya, perbanyakkanlah amalan pada 10 hari tu macam baca AlQuran, sedekah dan lain2.



Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.(biasanya org puasa pada 9 zulhijjah ni je)



Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.




Tapi jangan lupa pulak, 10 zulhijjah( hari rayer eiduladha) tu haram puasa. jugak pada hari2 tasyrik iaitu 11,12 dan 13 zulhijjah.(kang ada plak yang terexcited puasa pada hari2 tu)



Arini jugak start SPM. Kepada adik2 SPM, ambiklah peluang zulhijjah ini untuk tambah amalan terutamanya puasa. Doa orang puasa kan,makbul. Selain ikhtiar dgn study, jgn lupa mintak dgn Allah.



Bagi yg ada adik SPM pulak, tolong2lah semayang ajat n doa untuk mereka. Supaya semuanya dipermudahkan Allah. Maner tau, adik kita pulak akan jadi best student selepas Madihah.



Kalau nak kira, amalan yg paling utama pada bulan ni, mestilah haji dan qurban. Tapi bagi yg x mampu lagi tu, bolehlah kita puasa, sedeqah dan lain2 lagi.

Moga kita x mensia-siakan setiap nikmat masa dan sihat yang Allah masih kurniakan pada kita..Segala salah dan silap, harap teguran. Masih sama2 belajar.



Wallahualam. yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri yang berdosa ini.



Read more...

Sunday, 25 October 2009

Sejadah bangkit!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Perasan tak akhir2 ni, isu tentang sejadah bangkit semakin heboh diperkatakan..Setahunya, isu sejadah bangkit ni dah lama dah timbul. Tapi kebelakangan ni makin menjadi2 pulak. Mungkin dulu, isu ni tak nampak heboh sebab kurang pendedahan diberikan macam sekarang. Siap masuk tv lagi..Kejap kat terengganulah, kat kedahlah..


Mungkin betullah, pandangan ramai, orang kita memang berminat dengan benda2 mistik, misteri, aneh, ajaib ni. Tengok je drama atau filem seram atau pelik2, mesti ramai yang berminat.Pandangan peribadi,ambillah yang positif. Anggap sebagai teguran atau peringatan. Mungkin dengan tengok sejadah bangkit, baru orang nak celik mata dengan keagungan dan kekuasaan Allah padahal lebih banyak lagi keagungan lain yang lagi pelik2 tetapi dianggap biasa sebab dah biasa.Alahai...kitalah tu..Tapi janganlah sampai mengagungkan sejadah tu. Takut menyeleweng plak aqidah. Nauzubillah.Siap ada yg gi cium lagi. Janganlah pulak nanti ada org gi gunting buat azimat, tangkal atau yang sewaktu dengannya.(nak menambahkan mistik).Ni hanyalah pandanganku yang cetek ilmunya.


Bila baca kat internet, macam2 plak responnya..Ada plak yag siap buat lawak suruh tiru sejadah bangkit untuk buat hantaran. Pasti bakal mentua terima sebab bakal menantunya nampak stok2 wali. sampai sejadahnya pon bangkit solat..alahai..ni kita baca plak ulasan UZAR.




Sejadah 'Berdiri' di Rumah Saya!
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net




Di ketika saya menulis artikel ini, di Malaysia khabarnya sedang agak hangat dengan peristiwa pelik sejadah ‘berdiri' di surau-surau. Mungkin disebabkan minat yang tinggi manusia kepada perkara luar biasa dan pelik, lalu hal ini menjadi tarikan media. Tersiarlah gambar-gambar sejadah berdiri di pelbagai akhbar dan media.

Surau yang terbabit menjadi penuh, orang ramai datang dari jauh dan dekat untuk melihat sejadah ‘berdiri', ya ‘berdiri' menunaikan solat? Wallahu'alam.

"mungkin ini teguran Allah kepada hambanya agar menunaikan solat" tegas seorang ustaz lepasan timur tengah, sambil mengangguk-angguk kepalanya, insaf barangkali.

"Ini tanda orang di sekitar surau terbabit tak solat, sampai sejadah terpaksa mendemonstrasikan apa yang patut dibuat" kata seorang pengulas semi profesional yang lain.

"Hebatnya islam, hingga ada sejadah berdiri" ada tak agaknya orang bukan Islam yang kagum dengan peristiwa ini sehingga boleh terpacul kata sebegini?

Memang benar, surau yang biasanya gersang dari pengunjung tiba-tiba menjadi penuh. Bertambah ramai kerana sejadah ‘berdiri'.

SAYA DITANYA

Biasanya saya tidak begitu meminati berita seperti ini, bukan ingkar atau menafikan, cuma Al-Quran itu sudah lebih dari ajaib untuk kita sebenarnya.

"Namun tidak mengapalah, ada sesetengah orang mungkin memerlukan yang lebih dari Al-Quran untuk beriman agaknya, seperti sejadah ‘berdiri', hmm pelik. Biarlah jika mereka ingin kagumi, asal akhirnya boleh kembali kepada Al-Quran." Tegas hati dalam saya bila terbaca satu tajuk berita di internet, tanpa saya minat untuk menekan dan membaca lanjut.

Namun satu hari, apabila saya ditanya berkenaannya dan diberikan link berita yang ditulis mengenainya. Tergerak pula hati untuk klik dan melihat gambarnya.

Subhanallah !

Saya tidak dapat menahan untuk senyum sejurus saya klik dan melihat gambar yang terpapar. Hati menjadi kurang selesa, minda laju berfikir. Saya memikir apakah yang telah jadi dalam pemikiran orang di zaman moden ini. Saya berfikir, adakah itu jenis ‘berdiri' yang dianggap hebat dan luar biasa?

Terus terang saya menjadi sedikit malu dengan gambar-gambar yang dipaparkan.

Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya, anda bebas, namun saya tidak dapat memaksa hati dan minda saya untuk menerimanya sebagai keajaiban. Saya merasakan, agak ramai yang mentertawakan gelagat orang-orang surau yang mendakwa sejadah mereka ‘berdiri'.



Gambar : Inilah gambar sejadah 'berdiri' yang dipapar oleh media



PERTIKAIAN DAN MENJADI LAWAK

Saya mula terdengar lawakan orang. Pertikaian orang yang akhirnya akan memburukkan nama Islam dan penganutnya jua.

"entah budak nakal mana yang mendirikannya di waktu tiada mata yang melihat kecuali Allah, didakwanya luar biasa" kata sebahagiannnya

"Mungkin juga ada orang kampung yang berstrategi mempopularkan surau, kampung atau tempat mereka" seorang lagi memberi komen.

Sebelum ini saya membayangkan sejadah itu ‘berdiri' dengan tegak dan amat luar biasa.

Namun rupanya, ‘berdirinya' ia hanya seperti piramid sahaja. Jika itulah bentuk ‘berdiri' yang dikagumi, sejadah di rumah saya pun boleh ‘berdiri.




Gambar : Ini pula adala dua sejadah di rumah saya di UK, yang berdiri (saya yang mendirikannya, ini sejadah yang dah lama, jika baru beli, lagi tinggi ‘berdiri', sama tak?)


Saya tidak menafikan bahawa memang tersangat boleh, kuasa Allah untuk mendirikan semua sejadah-sejadah itu. Tapi tidak semua perkara yang luar biasa wajar dikongsi kepada umum, kerana sebahagiannya akan menjadi bahan gelak ketawa dan back fire kepada Islam dan penganutnya sendiri.

Sebenarnya lebih elok, jika benar-benar ia ‘berdiri' sekalipun, cukuplah bagi orang yang nampak untuk memuhasabah diri. Bagi saya, sesiapa yang dapat melihat sesuatu keajaiban, dialah target utama untuk insaf, sedar atau bertambah taqwa. Kemudian, diamkan sahaja atau kongsikan bersama mereka yang amanah dan dipercayai sahaja.

Kaedah ini mengambil manfaat dari ajaran Islam iaitu bagi mereka yang mendapat mimpi baik atau buruk. Mimpi baik perlu dirahsiakan untuk diri dan hanya wajar dikongsi kepada orang yang hampir, amanah dan dipercayai sahaja. Jika tidak mimpi yang baik itu akan sengaja diputar belit sehingga membawa kesan negatif kepada empunya mimpi, akibat hasad dengki manusia di zaman ini. Manakala mimpi buruk jangan sesekali dikongsi dengan sesiapa pun, buangkan ia dari minda sama sekali, selepas beristi'azah dan meniup ke kiri sebanyak tiga kali serta menukar posisi baringan. Itulah yang diajar oleh baginda Nabi s.a.w.

Kepelikan di zaman ini bukanlah mu'jizat yang perlu dikongsikan kepada awam. Mu'jizat hanya berlaku di zaman Nabi s.a.w, Karamah hanya berlaku kepada individu yang soleh tanpa kehendak dan kawalannya. Keajaiban lain boleh dilihat pada alam semesta, itulah keajaiban, tubuh kita adalah keajaiban, maka jika masih perlukan keajaiban tambahan untuk dikongsi dan diwarwarkan. Dalami hal tersebut, maka manusia yang beriman dengan logik juga akan terkejut dan mengkaguminya.



Gambar : saya ingatkan sejadah berdiri tu berdiri tegak macam ni. Rupanya tidak

Justeru, jika benar-benar ingin menayangkan kepada umum juga, pilihlah sesuatu keajaiban yang benar-benar sukar disangkal logik aqal, minda para pembenci Islam dan orang kebanyakan. Jangan sampai ‘keajaiban' yang disangka hanya sesuai menjadi bahan tertawa sehingga Islam dan penganutnya diperlekeh. Seperti keajaiban sejadah ‘berdiri'.

Kita semua bertanggungjawab menjaga nama baik Islam dan penganutnya. Jangan pula tersangat sensitif dan tinggi benar imiginasinya sehingga mendakwa sejadah itu sedang solat. Banyak lagi perkara lain yang perlukan sensitiviti umat Islam, namun asyik tidak diendahkan.

Saya menjadi lebih bimbang apabila umat Islam terlalu mudah mengagumi perkara pelik, kelak nanti mudah diperdaya oleh ajaran-ajaran sesat dan kepercayaan tahyul serta khurafat, lantaran kenipisan iman dan ilmu.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

23 Oktober 2009

Read more...

(^_.^)//


Aku LARI ke hutan, kemudian menyanyiku
“Aku bisa LARI..”
 Aku LARI ke pantai, kemudian teriakku
“Aku bisa LARI..”



Ya, Alhamdulillah..

Aku sudah mampu BERLARI!!

~ini bukan puisi rangga!.


*apa pandangan anda ttg isu sejadah bangkit?

Read more...

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP