Sunday 25 October 2009

Sejadah bangkit!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Perasan tak akhir2 ni, isu tentang sejadah bangkit semakin heboh diperkatakan..Setahunya, isu sejadah bangkit ni dah lama dah timbul. Tapi kebelakangan ni makin menjadi2 pulak. Mungkin dulu, isu ni tak nampak heboh sebab kurang pendedahan diberikan macam sekarang. Siap masuk tv lagi..Kejap kat terengganulah, kat kedahlah..


Mungkin betullah, pandangan ramai, orang kita memang berminat dengan benda2 mistik, misteri, aneh, ajaib ni. Tengok je drama atau filem seram atau pelik2, mesti ramai yang berminat.Pandangan peribadi,ambillah yang positif. Anggap sebagai teguran atau peringatan. Mungkin dengan tengok sejadah bangkit, baru orang nak celik mata dengan keagungan dan kekuasaan Allah padahal lebih banyak lagi keagungan lain yang lagi pelik2 tetapi dianggap biasa sebab dah biasa.Alahai...kitalah tu..Tapi janganlah sampai mengagungkan sejadah tu. Takut menyeleweng plak aqidah. Nauzubillah.Siap ada yg gi cium lagi. Janganlah pulak nanti ada org gi gunting buat azimat, tangkal atau yang sewaktu dengannya.(nak menambahkan mistik).Ni hanyalah pandanganku yang cetek ilmunya.


Bila baca kat internet, macam2 plak responnya..Ada plak yag siap buat lawak suruh tiru sejadah bangkit untuk buat hantaran. Pasti bakal mentua terima sebab bakal menantunya nampak stok2 wali. sampai sejadahnya pon bangkit solat..alahai..ni kita baca plak ulasan UZAR.




Sejadah 'Berdiri' di Rumah Saya!
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net




Di ketika saya menulis artikel ini, di Malaysia khabarnya sedang agak hangat dengan peristiwa pelik sejadah ‘berdiri' di surau-surau. Mungkin disebabkan minat yang tinggi manusia kepada perkara luar biasa dan pelik, lalu hal ini menjadi tarikan media. Tersiarlah gambar-gambar sejadah berdiri di pelbagai akhbar dan media.

Surau yang terbabit menjadi penuh, orang ramai datang dari jauh dan dekat untuk melihat sejadah ‘berdiri', ya ‘berdiri' menunaikan solat? Wallahu'alam.

"mungkin ini teguran Allah kepada hambanya agar menunaikan solat" tegas seorang ustaz lepasan timur tengah, sambil mengangguk-angguk kepalanya, insaf barangkali.

"Ini tanda orang di sekitar surau terbabit tak solat, sampai sejadah terpaksa mendemonstrasikan apa yang patut dibuat" kata seorang pengulas semi profesional yang lain.

"Hebatnya islam, hingga ada sejadah berdiri" ada tak agaknya orang bukan Islam yang kagum dengan peristiwa ini sehingga boleh terpacul kata sebegini?

Memang benar, surau yang biasanya gersang dari pengunjung tiba-tiba menjadi penuh. Bertambah ramai kerana sejadah ‘berdiri'.

SAYA DITANYA

Biasanya saya tidak begitu meminati berita seperti ini, bukan ingkar atau menafikan, cuma Al-Quran itu sudah lebih dari ajaib untuk kita sebenarnya.

"Namun tidak mengapalah, ada sesetengah orang mungkin memerlukan yang lebih dari Al-Quran untuk beriman agaknya, seperti sejadah ‘berdiri', hmm pelik. Biarlah jika mereka ingin kagumi, asal akhirnya boleh kembali kepada Al-Quran." Tegas hati dalam saya bila terbaca satu tajuk berita di internet, tanpa saya minat untuk menekan dan membaca lanjut.

Namun satu hari, apabila saya ditanya berkenaannya dan diberikan link berita yang ditulis mengenainya. Tergerak pula hati untuk klik dan melihat gambarnya.

Subhanallah !

Saya tidak dapat menahan untuk senyum sejurus saya klik dan melihat gambar yang terpapar. Hati menjadi kurang selesa, minda laju berfikir. Saya memikir apakah yang telah jadi dalam pemikiran orang di zaman moden ini. Saya berfikir, adakah itu jenis ‘berdiri' yang dianggap hebat dan luar biasa?

Terus terang saya menjadi sedikit malu dengan gambar-gambar yang dipaparkan.

Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya, anda bebas, namun saya tidak dapat memaksa hati dan minda saya untuk menerimanya sebagai keajaiban. Saya merasakan, agak ramai yang mentertawakan gelagat orang-orang surau yang mendakwa sejadah mereka ‘berdiri'.



Gambar : Inilah gambar sejadah 'berdiri' yang dipapar oleh media



PERTIKAIAN DAN MENJADI LAWAK

Saya mula terdengar lawakan orang. Pertikaian orang yang akhirnya akan memburukkan nama Islam dan penganutnya jua.

"entah budak nakal mana yang mendirikannya di waktu tiada mata yang melihat kecuali Allah, didakwanya luar biasa" kata sebahagiannnya

"Mungkin juga ada orang kampung yang berstrategi mempopularkan surau, kampung atau tempat mereka" seorang lagi memberi komen.

Sebelum ini saya membayangkan sejadah itu ‘berdiri' dengan tegak dan amat luar biasa.

Namun rupanya, ‘berdirinya' ia hanya seperti piramid sahaja. Jika itulah bentuk ‘berdiri' yang dikagumi, sejadah di rumah saya pun boleh ‘berdiri.




Gambar : Ini pula adala dua sejadah di rumah saya di UK, yang berdiri (saya yang mendirikannya, ini sejadah yang dah lama, jika baru beli, lagi tinggi ‘berdiri', sama tak?)


Saya tidak menafikan bahawa memang tersangat boleh, kuasa Allah untuk mendirikan semua sejadah-sejadah itu. Tapi tidak semua perkara yang luar biasa wajar dikongsi kepada umum, kerana sebahagiannya akan menjadi bahan gelak ketawa dan back fire kepada Islam dan penganutnya sendiri.

Sebenarnya lebih elok, jika benar-benar ia ‘berdiri' sekalipun, cukuplah bagi orang yang nampak untuk memuhasabah diri. Bagi saya, sesiapa yang dapat melihat sesuatu keajaiban, dialah target utama untuk insaf, sedar atau bertambah taqwa. Kemudian, diamkan sahaja atau kongsikan bersama mereka yang amanah dan dipercayai sahaja.

Kaedah ini mengambil manfaat dari ajaran Islam iaitu bagi mereka yang mendapat mimpi baik atau buruk. Mimpi baik perlu dirahsiakan untuk diri dan hanya wajar dikongsi kepada orang yang hampir, amanah dan dipercayai sahaja. Jika tidak mimpi yang baik itu akan sengaja diputar belit sehingga membawa kesan negatif kepada empunya mimpi, akibat hasad dengki manusia di zaman ini. Manakala mimpi buruk jangan sesekali dikongsi dengan sesiapa pun, buangkan ia dari minda sama sekali, selepas beristi'azah dan meniup ke kiri sebanyak tiga kali serta menukar posisi baringan. Itulah yang diajar oleh baginda Nabi s.a.w.

Kepelikan di zaman ini bukanlah mu'jizat yang perlu dikongsikan kepada awam. Mu'jizat hanya berlaku di zaman Nabi s.a.w, Karamah hanya berlaku kepada individu yang soleh tanpa kehendak dan kawalannya. Keajaiban lain boleh dilihat pada alam semesta, itulah keajaiban, tubuh kita adalah keajaiban, maka jika masih perlukan keajaiban tambahan untuk dikongsi dan diwarwarkan. Dalami hal tersebut, maka manusia yang beriman dengan logik juga akan terkejut dan mengkaguminya.



Gambar : saya ingatkan sejadah berdiri tu berdiri tegak macam ni. Rupanya tidak

Justeru, jika benar-benar ingin menayangkan kepada umum juga, pilihlah sesuatu keajaiban yang benar-benar sukar disangkal logik aqal, minda para pembenci Islam dan orang kebanyakan. Jangan sampai ‘keajaiban' yang disangka hanya sesuai menjadi bahan tertawa sehingga Islam dan penganutnya diperlekeh. Seperti keajaiban sejadah ‘berdiri'.

Kita semua bertanggungjawab menjaga nama baik Islam dan penganutnya. Jangan pula tersangat sensitif dan tinggi benar imiginasinya sehingga mendakwa sejadah itu sedang solat. Banyak lagi perkara lain yang perlukan sensitiviti umat Islam, namun asyik tidak diendahkan.

Saya menjadi lebih bimbang apabila umat Islam terlalu mudah mengagumi perkara pelik, kelak nanti mudah diperdaya oleh ajaran-ajaran sesat dan kepercayaan tahyul serta khurafat, lantaran kenipisan iman dan ilmu.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

23 Oktober 2009

Read more...

(^_.^)//


Aku LARI ke hutan, kemudian menyanyiku
“Aku bisa LARI..”
 Aku LARI ke pantai, kemudian teriakku
“Aku bisa LARI..”



Ya, Alhamdulillah..

Aku sudah mampu BERLARI!!

~ini bukan puisi rangga!.


*apa pandangan anda ttg isu sejadah bangkit?

Read more...

Saturday 17 October 2009

tahniah atas kelahiran putera sulung..

assalamualaikum..


tgh hari tadi, tiba2 teringat kat kak ros.
lantas telefon diambil dan terus sms kak ros.


"kak..camner keadaan skrg?harap chat2 je..bila bersalin nanti, inform tau.."
(lebih kurang isi sms nya)


tiba2 dapat reply dari kak ros..


"salam. akak baru bersalin pg tadi hazirah. lelaki. kat hospital serdang.."

owh..sungguh terkejut. macam tau2 je, kn?
terus sms sahabat2 lain tapi ramai dah tahu..hehe..


apapun tahniah diucapkan pada kak ros dan family atas kelahiran anak sulung..
buat masa terdekat ni, mayb takleh lagi g tgk baby..doa dr jauh jelah..

semoga membesar menjadi anak yg soleh dan penyejuk mata keluarga.

Read more...

Wednesday 7 October 2009

SElamat pagi PMR

Selamat pagi PMR!!

kepada semua calon PMR, semoga diberi kemudahan dan ketenangan dalam menghadapinya.
Gud Luck!

Read more...

Sunday 4 October 2009

Berubah-edCoustic

Read more...

Aku, gigi dan...(2)

Sampailah..


Masa eksiden tu..
Allah uji dengan apa yang aku takutkan sangat.
Gigi tercabut terus sebatang. 2 batang patah.
Paling kelakar,ada plak org buat cerita tak betul.maybe ter’excited

“Weh kesian hazirah. Gigi dia semua tercabut. Tinggal sebatang jer”
Taktau dari mana kosmet dapat berita ni. Haru betul. Salah faham kot.
Tapi, memang buat aku tersentak. Nauzubillah.
Betul juga. Patutnya aku bersyukur. Bukan semua hilang macam yang mereka sangka.
Ya Allah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.
Paling gerun, rahang patah 2..(dapat pakej terus)


Masa kat HKL.semuanya banyak lupa dari ingat.
Tapi kesakitan masa dr duk main kat mulut tu masih aku ingat.
Dr nak betulkan kedudukan rahang yg dah patah..
Entah apa yg dr buat.
Yang diingat, macam kena cucuk cucuk,macam kena tarik2,tolak2
Masa tu aku dah sedar atau baru sedar dari ubat pelali.
Sakitnya hanya Allah yang tau..
Banyak darah yang tertelan..dan dimuntahkan semula.
Hitam pekat.

Serius tak ingat masa masuk OT kali pertama..sangat2lah ingat lupa.
Tapi rasanya, masa operate kali pertama tulah dr masukkan kepingan besi kat rahang.
2 atas.2 bawah.
Juga besi kat gg. Macam pendakap gg. Atas dan bawah.
Dr lebih fokuskan nak betulkan rahang dr nak baiki gg yg rosak.
Itu kemudian2 pon takpe.


Aku redha jer apa yang dr buat.
“Buatlah dr. buatlah apa saja.” kesekian kalinya aku pasrah.
Masa hari ke-7 kat hospital.
Baru aku berani mintak cermin dengan mak.
“mak…nak cermin…”
Sebelum tu, aku memang tak berani.!
Aku belek muka.
Bengkak.
Mata kanan macam nak tertutup.
Kesan jahitan kat tepi bibir masih hitam.
Jugak kat bahagian kening.
Masih hitam. Jahitan masih belum dibuka..

“Alhamdulillah. Taklah teruk sangat.” Tercetus spontan.
Aku sangka, aku lebih teruk dari itu.
Sebelum tengok cermin, aku sangka:
Muka pecah.
Muka rasa besar semacam.
Bibir terjuih.
Muka calar balar.
Efek pada mata kanan.(mak kata, masa awal2, mata kanan langsung tertutup)
Alhamdulillah…alhamdulillah.


“ ok. Hazirah. Saya dr jabatan bedah mulut.Harini kita akan buat rawatan..untuk pengetahuan awak,rahang awak patah. Gigi ada yang patah. Ada yang tercabut. Tulang pipi kanan patah. Tulang atas kening kanan retak…..bla..bla..”

Aku hanya mengangguk..angguk lagi.

Ya Allah….

Sejak duk kat HKL, aku memang takleh makan kebanyakan benda..
Rahang patah..gigi berbesi..luka pembedahan dalam mulut…jahitan dibibir
Lagipon aku banyak tido dari jaga
Semuanya memustahilkan aku makan.
Mak suapkan susu soya, milo
Itu yang termampu


Dr ikatkan getah pada besi kat gg.atas dan bawah.nak betulkan kacipan gg.
Jadinya,mulut takleh nganga.
Minum cecair jelah..guna straw..
Lebih daripada puasa.
Seminggu.
Dr ganti getah dengan besi..lagi lama. Sebulan lebih..
Perut dah pandai bersabar..
Milo,soya,ubat,100 plus,jus,..
Tambah satu lagi…sup…tepat lagi..kuah sup..
(sbb tu, org kol time2 tu,x angkat..hanya bibir je bleh bukak..)

Lepas final exam,bukak ikatan gigi.
Pendakap gg still pakai.
Sebab dah lama sangat tak buka mulut,mulut jadi berat.
Bukaan mulut just muat2 nak masukkan berus gg dan sudu.
Dr bagi kayu aiskrim buat senaman bukak mulut.
Mula2 dapat masukkan 3keping secara bertindih.
5 keping..
8 keping..
10 keping..
Akhirnya mulut dapat nganga luas2 macam dulu..

2 bulan selepas tu..
Dr bukak besi pendakap gigi.
Memang seram masa dr tarik keluar besi2 yg tertanam dalam gusi.
Fuh lega..
Dah takde benda yg melekat kat gigi..

Sebulan kemudian.
Pergi HKL lagi.
Nak buat rawatan betulkan gg yg rosak.
Tapi..
Dr Liza dah tak ada.
Kes dah diberi pada dr lain..

Nak dr Liza!!!!
Jujur..aku tabah nak buat rawatan gg sebab dia.
Dr Liza dah takde kat HKL..
Sambung belajar?Tukar hospital?
Entah..aku tak faham mereka explain.


Hilang mood nak buat kat HKL.
Dr bg surat refer kat hospital Besut.


Klinik Bonda..(best jugak)
Sebatang gigi tercabut = sebatang gg palsu.
2 batang gigi patah = 2 pilihan:
1. rawatan akar dan tampalan kekal.
2. crowning


Mak suruh buat crowning.
Makan ribu...
Biaq insurans tanggung.(cantekk!!)

Tiba2:
“gg awak yg patah ni pendek sangat. Kalau buat crowning, crown dia maybe jatuh sebab takleh sarung betul..saya cadangkan awak buat rawatan akar dan tampalan kekal..matikan akar.”

Rawatan akar = 5 kali datang klinik baru setel.
Buat gg palsu lagi..


Aku dah LALI dengan tangga dan BAU KLINIK GG..
Fobia lagi dengan dr gg?

Tak…
RINDUUUU….

~kalau Allah nak tarik pinjaman, sekejap je kan?
~kenapa kita selalu baru nak hargai nikmat bila ia dah takde?

Read more...

Saturday 3 October 2009


Oh Tuhan, berikanlah sedikit rasa cinta-Mu padaku
Semoga seluruh cintaku untuk-Mu

Oh Tuhan, kurniakanlah sedikit rasa takutkan-Mu padaku
semoga ku tidak takut selain-Mu

Ya Allah dengan Rahmat-Mu kurniakanlah

Ya Allah jadikanlah air mataku diwaktu takut dengan-Mu
Pemadam api neraka-Mu
Jatuhnya air mataku
Menggugurkan dosa-dosaku

Tuhan kalau bukan dengan Rahmat-Mu
Aku tidak akan selamat
Setidaknya jika bukan Rahmat-Mu
Aku tidak akan terlepas dari azab-Mu

Aku lemah bantulah aku
Untuk bermujahadah selalu
Syaitan sering menipu dayaku
Lindungilah aku darinya


Anugerahkanlah rasa cinta dan takut padaMu
Mawaddah

Read more...

BumI Sudah makin tUa..



389 kali gempa bumi menggegarkan Sumatera Barat (sejak 30 sept 09)
488 kematian, 237 cedera parah, 2100 ceera ringan.(sumber:kosmo)

770 maut,294 parah, 500 bangunan runtuh (sumber;bharian).

Kat Malaysia pon, angin kuat melanda.
Besut saja,.100 buah rumah rosak..

BUMi sudah semakin tua…

Read more...

Thursday 1 October 2009

Aku, gigi dan...(1)

Sejarah aku dan gigi memang panjang. Berjodoh betul. Seingat ingatan ni, last sekali buat rawatan gigi ialah masa darjah enam.(masa kanak2) Masa sekolah rendah dulu, bila time dr gg dtg sekolah lah masa yg paling menakutkan. Lucu,kan?

Bila sorang kawan kena panggil ke bilik rawatan,then pulang bawak kad hijau. Itulah detik paling menggerunkan. Semua tertanya-tanya “kad saper?kad saper? Janganlah nama aku”

Tak tau mengapa. Maybe sejarah2 sebelum tu. Yang mai sekolah biasanya misi-misi.(nurse) Mungkin mereka fikir
“alah…gg budak2 je…bantai je lebih kurang” bukannya gg geraham tua yg susah nak cabut. Just gg susu.”(mungkin, yea).
Sambil buat rawatan, boleh sembang2 antara mereka. Macam kurang focus. (macam).

Jadi.
Aku jadi serik. Masa darjah 6, aku tekad koyakkan kad hijau (yg menakutkan tu) dan flush dalam toilet..(fikir balik macam nak tergelak). Takut punya pasal..buat kerja jahat tu berjemaah lagi.

Bila time sek menengah. Lagilah banyak taktik. Langsung tak pegi untuk rawatan. Kadang tu, rasa nak suruh je, ayah xyah sain kad untuk rawatan gg.(kan ada surat kebenaran ibubapa untuk membenarkan atau tidak)


Resultnya.
Masa kat u.
Tiap2 sem,aku akan sakit gg.. kebanyakannya sebab berlubang. Tak sah kalau setiap sem, tak merana sebab sakit gg..masa sakit terguling2,baru nak pergi jumpa dr gg. Tu pon, rumet yg paksa.kawan paksa. Biasalah…time gg sakit takleh buat aper. Yg fikir cumalah “dr…tolong cabut gg saya…sakit sangat ni”

Tapi, gg tengah sakit. Confirm dr tak cabut. Tunggu hilang sakit dulu.. jadi dr biasanya akan tampal sementara dan bagi ponstan.
“bila dah tak sakit, datang jumpa saya..kita cabut gg yg sakit”

Bila dah tak sakit? Jangan harap nak g jumpa dr gg..
Jumpa dr gg ialah pilihan TerAkhir..
Tampalan sementara tu tahanlah untuk 1 sem..
Sem2 seterusnya…sakit lagi dan proses yg sama akan berulang dan berulang
Dr K tu pon dah kenal dah..”budak ni banyak ngelat”

Masa sem 6…
Rela pegi darul syifa sebab dah takut nak jumpa dr gg..
Ustaz bacakan doa dan tekan kat gg yg sakit. Ustaz bagi air penawar untuk minum dan berkumur..
k. basit pon ada ajar baca ayat syifa’ masa sakit gg..
Alhamdulillah tahan sakitnya…..lama jugak

Sampailah..

Read more...

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP