Friday, 19 March 2010

Selamat Berbahgia Sahabatku..


Kami mula rapat bila naik form 3. Kedudukan meja yg dekat2 merapatkan hubungan. Masih segar dalam ingatan, Jie duduk dengan Balqis di belakang kedudukan meja saya dan siti faridah..macam2 dilalui bersama tgh dalam kekalutan persediaan PMR. Rasa macam semalam baru hadir di kelas 3 Sina itu..masih terbayang2 di mata. Di waktu diri masing-masing mencari identity, kebersamaan dan perkongsian banyak memekarkan ukhuwah kami..






Bila habis form 3, Jie bagitau yg dia akan pindah ke Syeikh Malik. Betapa sedihnya hati..yelah time budak2 baru nak kenal makna sahabat..kami menangis2 mengiringi kereta Jie pulang ke KT. Kelakar plak bila teringat..Kami ramai2 nangis..terasa sangat kehilangan Jie. Mungkin kerana sahsiah dan sifat Jie yg sangat baik sebagai seorang sahabat. Sabarnya..Lucunya..Sifat gila-gilanya..terlintas di fikiran macam mane nak lalui hidup tanpa Jie disisi..(very lucu..malunya!!)




Mungkin sampai sekarang pon Jie masih tak tau yang saya pernah mintak tukar ke syeikh Malik sebab nak ikut dia.huhu..kelakar sangat2..fikir macam budak2..Puas mak nasihatkan..sekolah tu jauh dan apa kurangnya SMKANI? Akhirny mak mintak bantuan guru ynag rapat dengan mak. Secara senyap2 supaya memujuk tanpa pengetahuan saya. Satu hari, cikgu panggil ke bilik guru..hati berdebar2..Kenapa plak ni..rupanya cikgu pujuk untuk stay di SMKANI.




Katanya..”awak still boleh bina kejayan di sini..buktikan..!!tak perlu ke syeikh Malik..awak ni, dah la selalu balik umah, demamlah…kalau duk jauh macam maner?..”


tak dinafikan SMKANI sekolah bagus..pencapaian semakin meningkat dari tahun ke tahun(dr segi akademik)..alhamdulillah..




Dalam tangisan, saya terima logic alas an cikgu. Maka bermulalah kehidupan form 4 di SMKANI. Rupanya Allah itu Maha Kaya, Dia anugerahkan sahabat2 lain yang tidak kurangnya baik seperti Jie..ada Peah, AyuDina, Ida wennor, Echah,Fizah Azmah, Siti Farid, Huda, Elly,sue,cheqnor, mc ti,hasni, Jibah,Ayu,Mizah dan ramai lagi…Terima kasih sahabat atas ukhuwah ini. Semoga Allah merahmati persahabatan kita hingga ke syurga..



7 tahun berlalu tanpa sekali pon kami berpeluang berjumpa. Masing2 dgn hidup n pengajian masing2..ada sesekali bersms..akhirnya dapat tau Jie ke UKM sementelah diri ini ke UPM..tak terlalu jauh. Padahal banyak kali ke UKM tapi x berpeluang berjumpa..SMS tak dibalas..(rupanya dah tukar no..huhu)


Sampailah..diri ini kemalangan..Tak disangka2, Jie muncul di HKL. Sayunya pertemuan setelah lama x jumpa. HKL plak jadi tempatnya kami diizinkan berjumpa. Terima kasih pada nad sebab menghubungi Jie..selepas itu, hubungan kembali bertaut..saling SMS, telefon..jumpa di hari perkahwinan Elly..






Hinggalah suatu malam, 1 SMS dari Jie diterima..Firasatku menyatakan sesuatu..”Jie nak jemput ke Walimah dia ker?”..Tepat sekali dugaan. Jie menyampaikan berita gembira lewat sekeping SMS nya. Bakal disatukan pada 13/3. Yang paling mengejutkan, dengan orang yang kami kenal..satu sekolah..hoho..hangat gosipnya..sibuklah malam tu ber sms sana sini, sebar kat fb, bergayut dgn Jie, dan kawan2 lain..



Surprise!!






Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada :



Najiah Abdul Rahman dan Hanif Ramli..



Semoga berkat perkahwinannya dan sampai ke syuga sana..





p/s:Encik Hanif, silalah menjaga Jie dengan baik yer.. (kerna kami amat mencintai dia)



2 comments:

الرحمه للتنظيف 11 July 2019 at 06:26  


افضل خدمات التنظيف بالدمام تجدونها مع شركة تنظيف مسابح بالاحساء شركة المثالية للتنظيف المتفوقة والمتقدمة دائما لانجتزتها وخبرتها الكبيرة التي قدمتها لعملائها بالجودة والمواصفات القياسية بالاسعار المناسبة والجودة العالية بخصومات تصل الي 50% مع الضمان للجودة

شركة تنظيف مسابح بالدمام

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP