Friday 19 June 2009

SMKA dulu,sekarang..

Selepas isyak,aku cuba berbual-bual dengan adikku. Form 5. Lebih kepada merisik khabar sebenarnya. Adik bersekolah di sekolah yang sama denganku dulu.




“Sekolah buat aper sekarang? Utk budak exam?”


“Buat ape. Kelas tambahanlah.”


“Bukan tu maksud kakjie. Pengisian rohani.”


“Oooo…biaselah. Solat hajat.”


“Erm…usrah?”


“Takde lagi tahun ni.”


“Habes buat pe maghrib-isyak?”


“Ceramah kadang2..”


“Kakjie…tadi makan durian ustz ghani.best…”



Dah mula melalut. Tiba2 teringat zaman struggle utk SPM dulu. Macam2 benda yang kami buat. Banyak kenangan. 12 subjek yang dipikul tak menyebabkan kami jadi gila akademik sepenuhnya.



Aktiviti di asrama berjalan biase. Antara maghrib isyak, setiap hari dah ada jadualnya. Dan selalunya 90% jadualnya istiqamah kami ikut. Ahad usrah. Isnin ceramah jemputan. Selasa kuliah ustaz. Rabu mathurat kubra. Khamis yassin. Jumaat solat hajat dan sabtu waktu bebas yang biasanya diisi dgn study.





“Surah aper kena hafal sekarang?” Aku lanjutkan soalan.


“Sendiri-sendiri. Kalau yang wajib tu untuk budak kelas KQ.”(kelas Quran)




Hoho. Dulu, paling koman pon, first year kena hafal surah al-Jumuah. Tiba2 terfikir, bnyk benda yang dah berubah. Tak dinafikan, sekolah tu dah makin excellent dalam akademik. Dah jadi sekolah elit pon. PMR 9A dah berlambak2. ingat dulu, dizamanku, 9A hanya 6 orang. SPM pon dah bertambah yang dapat straight A’s. Dulu setakat 10 A je. Tapi dari segi pengisian ‘memanusiakan’ manusia?




Sekolah agama terkenal dengan specialnya dalam mentarbiah manusia. Lebih2 lagi yang tinggal di asrama. Perbezaan ketara bleh dilihat berbanding sekolah biase. Bukan pakaian yang dimaksudkan tapi akhlak dan peribadi. Jugak dari segi pergaulan.Tapi itu dulu.




Sekarang,sekolah agama dilihat sama dengan sekolah2 aliran biase. Produk yg dihasilkan hamper serupa. Yang membezakan mereka hanya BA (bhs arab), PQS (pend.quran sunnah) dan PSI (pend.syariah islamiah).




SMKA jugak jadi tempat yang dikejar untuk kecemerlangan akademik. Hanya yang terbaik diterima masuk.Kalau dulu, ada jugak kes SMKA tempat membuang ‘anak’ supaya jadi ‘orang’. Sama halnya dengan sekolah2 pondok. Ibu bapa yang dah tak tau nak counter anak yang agak nakal, mengambil keputusan menghantar anak ke sek pondok atau sek agama untuk ‘dimanusiakan.’ Tapi tak semualah. Tapi dah bnyk kes.




Natijahnya, bnyk kes yang tak sepatutnya berlaku di sek agama, dah berlaku. Isu kapel dah biase. Kes buang nak pon ader. Yang bertudung labuh di sek, bleh berseluar ketat di luar sek.




Tak adil sek dipersalahkan 100% dalam era serba terbuka dan tanpa batasan ni. Tapi, sesuatu perlu dibuat pada system pend islam Negara.




Terfikir2 sebagai bakal pendidik nanti, ape yang aku nak buat. Harapanku untuk mendidik. Bukan sekadar mengajar.!!!


Sok

ong kongres Rejuvenasi system pendidikan islam Negara.

http://kongrespendidikan.blogspot.com/

0 comments:

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP