Sunday 14 June 2009

Tahun Pelangi

Subhanallah.Alhamdulillah.Lailahaillallah.Allahuakbar..


Dah lama rasanya jari ni tak mencoretkan apa2 pada blog ni. Dah berabuk agaknya. Bukan menyepi terus dari dunia blog tapi just jadi silent reader. Selalu buka blog orang tapi jadi pembaca setia je. Kalau tak buka sehari, macam banyak giler info yang terlepas.


Kenapa tak mencoret apa2?


...ntah. dalam masa yang singkat,banyak benda yang berlaku. Bak kata mak “…tahun ni macam-macam berlaku. Pahit ader. Manis pon ader…”.macam2 warna. Macam pelangi.


Sekarang Jun.Baru setengah tahun 2009 berlalu. Tapi macam- macam peristiwa berlaku.


26 Mac 2009. Anak ketiga mak accident. Anak mak perempuan. Naik motor. Accident dengan kereta mabuk. Mak menangis tak bersendu.Sebulan jugak mak berkampung kat kl. Nantilah…cerita lebih lanjut akan dicoretkan lepas ni.


7 April 2009.Anak kembar mak dapat kerja. Kat kl jugak. Dah lama Jak duk kat umah je lepas SPM. Kembarnya dah setahun lebih kat Sarawak. Penguatkuasa Maritim. Mak senyum bersyukur walaupon saying nak lepaskan anak lelakinya.


18 Mei 2009. Mak kepada mak meninggal. (maksudnya nenek kamilah-kami panggil tok). Waktu tu, mak kat kl. Temujanji doctor anak ketiganya. Mak terkilan sebab tak dapat tengok arwah pergi depan mata mak padahal selama ni, mak yang duk jaga tok bertahun-tahun. Mak menangis tak berlagu. Waa…kami dah takde tok. Tokki belah ayah dah lamer takder. Berturut hari buat tahlil kat umah sampai hari ketujuh.












~gambar tok masa last raye korban~





30 Mei 2009. Anak lelaki sulong mak nikah. Orang Melaka. Kami satu bas pergi Melaka. Syok gila. Macam pasar atas bas. Yelah ,penuh sedara mara punya cerita.Ayah paling hepi dapat menantu. Senyum memanjang. Lepas akad nikah, adegan nangis2 plak. Kesian tok. Tak sempat tengok cucu kesayangan dia kawen.

~perkahwinan 3 beradik serentak~



31 Mei 2009. Acara persandingan dan bertolak balik ke Terengganu.

4 Jun 2009. Anak Ayah long(jaa) kawen. Gotong-royong anak beranak. Penat takleh cakap. 3 ekor lembu tumbang.

6 Jun 2009. Kak Wani anak makcik bertunang. Dengan orang perlis. Sekali lagi anak beranak berkumpul.buat kerja tak menang tangan.


11 Jun 2009. Rombongan hantar menantu ayah long ke Kemaman.


12 Jun 2009. Majlis menyambut menantu mak n ayah. Rombongan dari Melaka dating satu bas. Tak menang tangan melayan. Sanak saudara dah berkampung kat rumah sebelum tu lagi. Sampai takder ruang nak tido. Penuh rumah. Majlis buat sekali dengan majlis kesyukuran dan solat hajat. Disambung dengan majlis aqiqah dan khatam Quran beramai-ramai. Mak memang tunggu semua anaknya khatam Quran, baru buat majlis. Berjujuk kami 8 beradik dikhatamkan hari tu.

Alhamdulillah. Dalam sendu, ada tawanya. Dalam berlinang air mata, ada esak tangis bahagia.


Kepada semua yang setia menghulur bantuan menjayakan semua majlis, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih. Dah jadi resam majlis kat kg. semuanya buat bergotong royong. Penat tak terkira tapi hepi.Semoga dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kita.


Adik kata” …tak sempat nak tido pon cuti sekolah kali ni”


“weh…dah sekolah ke esok?aku tak siap lagi kerja sekolah…”Naa membebel.


Aku plak cakap”…esok aku akan kembali sunyi.Duk sorang2 kat umah. Boring gler…”


Selamat pengantin baru kepada Abang dan Kak Ucu. Kepada Kak Ucu, selamat datang dalam keluarga besar kami.


Jugak Selamat berbahagia jaa dan ustad hadi. Jugak pada kak wani.


"Allah uji kita dengan sedikit kesengsaraan tetapi selalu melimpahkan kita denggan nikmat dan kebahagian. tapi kita selalu lupa dan alpa dengan nikmatNya.."


p/s: dengar cerita kak Yah anak maklong plak bakal bertunang pada julai ni. Hehe…memang tahun yang warna warni.Macam Pelangi..

0 comments:

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP