Sunday 4 October 2009

Aku, gigi dan...(2)

Sampailah..


Masa eksiden tu..
Allah uji dengan apa yang aku takutkan sangat.
Gigi tercabut terus sebatang. 2 batang patah.
Paling kelakar,ada plak org buat cerita tak betul.maybe ter’excited

“Weh kesian hazirah. Gigi dia semua tercabut. Tinggal sebatang jer”
Taktau dari mana kosmet dapat berita ni. Haru betul. Salah faham kot.
Tapi, memang buat aku tersentak. Nauzubillah.
Betul juga. Patutnya aku bersyukur. Bukan semua hilang macam yang mereka sangka.
Ya Allah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.
Paling gerun, rahang patah 2..(dapat pakej terus)


Masa kat HKL.semuanya banyak lupa dari ingat.
Tapi kesakitan masa dr duk main kat mulut tu masih aku ingat.
Dr nak betulkan kedudukan rahang yg dah patah..
Entah apa yg dr buat.
Yang diingat, macam kena cucuk cucuk,macam kena tarik2,tolak2
Masa tu aku dah sedar atau baru sedar dari ubat pelali.
Sakitnya hanya Allah yang tau..
Banyak darah yang tertelan..dan dimuntahkan semula.
Hitam pekat.

Serius tak ingat masa masuk OT kali pertama..sangat2lah ingat lupa.
Tapi rasanya, masa operate kali pertama tulah dr masukkan kepingan besi kat rahang.
2 atas.2 bawah.
Juga besi kat gg. Macam pendakap gg. Atas dan bawah.
Dr lebih fokuskan nak betulkan rahang dr nak baiki gg yg rosak.
Itu kemudian2 pon takpe.


Aku redha jer apa yang dr buat.
“Buatlah dr. buatlah apa saja.” kesekian kalinya aku pasrah.
Masa hari ke-7 kat hospital.
Baru aku berani mintak cermin dengan mak.
“mak…nak cermin…”
Sebelum tu, aku memang tak berani.!
Aku belek muka.
Bengkak.
Mata kanan macam nak tertutup.
Kesan jahitan kat tepi bibir masih hitam.
Jugak kat bahagian kening.
Masih hitam. Jahitan masih belum dibuka..

“Alhamdulillah. Taklah teruk sangat.” Tercetus spontan.
Aku sangka, aku lebih teruk dari itu.
Sebelum tengok cermin, aku sangka:
Muka pecah.
Muka rasa besar semacam.
Bibir terjuih.
Muka calar balar.
Efek pada mata kanan.(mak kata, masa awal2, mata kanan langsung tertutup)
Alhamdulillah…alhamdulillah.


“ ok. Hazirah. Saya dr jabatan bedah mulut.Harini kita akan buat rawatan..untuk pengetahuan awak,rahang awak patah. Gigi ada yang patah. Ada yang tercabut. Tulang pipi kanan patah. Tulang atas kening kanan retak…..bla..bla..”

Aku hanya mengangguk..angguk lagi.

Ya Allah….

Sejak duk kat HKL, aku memang takleh makan kebanyakan benda..
Rahang patah..gigi berbesi..luka pembedahan dalam mulut…jahitan dibibir
Lagipon aku banyak tido dari jaga
Semuanya memustahilkan aku makan.
Mak suapkan susu soya, milo
Itu yang termampu


Dr ikatkan getah pada besi kat gg.atas dan bawah.nak betulkan kacipan gg.
Jadinya,mulut takleh nganga.
Minum cecair jelah..guna straw..
Lebih daripada puasa.
Seminggu.
Dr ganti getah dengan besi..lagi lama. Sebulan lebih..
Perut dah pandai bersabar..
Milo,soya,ubat,100 plus,jus,..
Tambah satu lagi…sup…tepat lagi..kuah sup..
(sbb tu, org kol time2 tu,x angkat..hanya bibir je bleh bukak..)

Lepas final exam,bukak ikatan gigi.
Pendakap gg still pakai.
Sebab dah lama sangat tak buka mulut,mulut jadi berat.
Bukaan mulut just muat2 nak masukkan berus gg dan sudu.
Dr bagi kayu aiskrim buat senaman bukak mulut.
Mula2 dapat masukkan 3keping secara bertindih.
5 keping..
8 keping..
10 keping..
Akhirnya mulut dapat nganga luas2 macam dulu..

2 bulan selepas tu..
Dr bukak besi pendakap gigi.
Memang seram masa dr tarik keluar besi2 yg tertanam dalam gusi.
Fuh lega..
Dah takde benda yg melekat kat gigi..

Sebulan kemudian.
Pergi HKL lagi.
Nak buat rawatan betulkan gg yg rosak.
Tapi..
Dr Liza dah tak ada.
Kes dah diberi pada dr lain..

Nak dr Liza!!!!
Jujur..aku tabah nak buat rawatan gg sebab dia.
Dr Liza dah takde kat HKL..
Sambung belajar?Tukar hospital?
Entah..aku tak faham mereka explain.


Hilang mood nak buat kat HKL.
Dr bg surat refer kat hospital Besut.


Klinik Bonda..(best jugak)
Sebatang gigi tercabut = sebatang gg palsu.
2 batang gigi patah = 2 pilihan:
1. rawatan akar dan tampalan kekal.
2. crowning


Mak suruh buat crowning.
Makan ribu...
Biaq insurans tanggung.(cantekk!!)

Tiba2:
“gg awak yg patah ni pendek sangat. Kalau buat crowning, crown dia maybe jatuh sebab takleh sarung betul..saya cadangkan awak buat rawatan akar dan tampalan kekal..matikan akar.”

Rawatan akar = 5 kali datang klinik baru setel.
Buat gg palsu lagi..


Aku dah LALI dengan tangga dan BAU KLINIK GG..
Fobia lagi dengan dr gg?

Tak…
RINDUUUU….

~kalau Allah nak tarik pinjaman, sekejap je kan?
~kenapa kita selalu baru nak hargai nikmat bila ia dah takde?

2 comments:

LemonGrass 5 October 2009 at 16:42  

salam Hazirah...
nice TRUE STORY...
hhehehe...
so, lps nih dah takdak mslh nak jumpa Dr gigi la kan...
hehheh...
siap rindu lagi...
tak tahan....^_^

Unknown 3 July 2015 at 12:23  

Blh sy dptkn contact awk? Sy mglmni pkra yg sama.ada benda nak tanya.

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP