Sunday 31 August 2008

Merdeka...Merdeka...Merdeka...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Salam Kemerdekaan kepada semua...

Walaupun bercakap pasal merdeka, aku tak berniat untuk menyingkap susur galur sejarah kemerdekaan negara kita..rasanya semua telah maklum walaupun tidaklah secara pakarnya..

Alhamdulillah...Harini genap 51 tahun negara kita merdeka..merdeka daripada penjajahan fizikal..sana-sini pelbagai sambutan dianjurkan pelbagai pihak..sana-sini pelbagai konsert bergema, bunga api bergemercikan..dan dicelah keraian yang begitu, ada juga yang menyambutnya dengan alternatif lain..solat hajat, ceramah,konsert nasyid dan sebagainya..dan aku? Apa yang aku buat di saat remaja lain berpusu-pusu menuju ke dataran merdeka, klcc ,ibu kota?

Seperti sudah menjadi tradisi..3 tahun berturut2 (sejak masuk upm) hari merdekaku di klcc atau beberapa tempat lain di sekitar ibu kota."Ops Masih Ada Yang Sayang"..itulah program yang selalu aku sertai menjelang ambang merdeka. Teringat di tahun pertama ketika diri ini mula menjinakkan diri dengan program dakwah, aku bersesak-sesak menaiki komuter menuju klcc. Ikut senior. Kat sana kami solat hajat, dengar ceramah, tengok nasyid, buat edaran risalah...Memang bermakna sangat. Saat manusia tenggelam dalam bingit konsert, dalam jerit-pekik laungan "Merdeka...Merdeka..", kami menitis airmata melaungkan takbir sekuat hati...ingat lagi,time tu, ustaz aqil yang mengepalai kami...Masa edaran, macam ragam manusia yang kami jumpa...rambut trojan,bertindik sana-sini,punk,dan macam2..sampai x sanggup nak sebut...itu pada jam area 12 malam...area jam 3-4 pagi, lain cerita plak..masa tu, kami ikut pihak agama dan ngo. Aim kami ialah menasihati remaja atau pasangan yang berkeliaran di sekitar tempat-tempat popular. Kami menasihati mereka untuk pulang ke rumah. Yang lembut hati plak, kami mengajak mereka ke masjid as-syakirin.( ada ceramah kesedaran,solat taubat untuk remaja yang ditangkap). Sekali lagi, pelbagai ragam dapat aku saksikan dengan mata kepala sendiri...yang mabuk, mencarut x sudah, yang berpasangan plak tanpa segan silu membuat onar tanpa menghiraukan sekeliling...yang lepak beramai-ramai pula membuat bising, mengacau orang, bergaduh...x larat nak tulis...tapi itulah realiti yang kami jumpa...itulah realiti remaja kita..Sambutan merdeka dijadikan satu acara, satu malam yang ditunggu-tunggu untuk bersuka-ria tanpa mengerti apa makna "merdeka" itu sendiri..

Tahun kedua dan ketiga, paternnya hampir sama..aku still dengan "Ops Masih ada Yang Sayang.."cuma tempatnya yang berbeza...pelbagai ragan lagi kami jumpa.. Tahun ni, aku bercadang menyambutnya di dataran merdeka pula..First time aku keluar ke sana( untuk sambutan merdeka) dengan motosikal..(sebelum ni dgn komuter)..memang jam.Kami keluar dalam pukul 10 malam (menunggu housemate yang ajar tuisyen). Malangnya, jalan ke datarn merdeka telah ditutup..Waduh..kecewa banget. Seram sangat masa terpaksa bersesak-sesak di jalan raya bersama mat-mat motor..(padan muka..gatai nak naik motor).Pusing punya pusing..last2 kami balik rumah je...(hehe :>). Pengajarannya, kalu nak pergi dgn moto, keluarlah awal skit..

Pulang dengan satu kerisauan...entah berapa ramai lagi anak gadis kita yang tergadai maruahnya pada malam merdeka, berapa ramai lagi remaja kita yang murtad, berapa ramai lagi tekak remaja kita yang dikotori arak buat kali pertamanya..berapa ramai lagi ynng terpesong aqidahnya..berapa ramai lagi yang mula mengenal rokok,dadah,berapa ramai lagi yang bertemu syaitan baru pada malam merdeka...berapa ramai lagi...semuanya mungkin terjadi pada satu malam yang bernama Malam Merdeka..

0 comments:

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP