Tuesday 26 August 2008

Penentu Perubahan


Aku bukanlah orang yang selalu mengikuti perkembangam politik di negara ini. Dulu,aku sering menganggap politik adalah kotor.Tapi bila time Pilihanraya kecil permatang pauh,keinginan utk sama2 mengikutinya melonjak2...mungkin kerana inilah pilihanraya yang amat menarik dalam sejarah...ya..satu pilihanraya kecil terpaksa di buat kerana seorang Yb telah meletakkan jawatannya. Dalam kes ini, isteri memberi laluan kepada suaminya. Biasanya pilihanraya kecil dilakukan kerana Yb nya meninggal...Calon yang bertanding pula adalah seorang yang pernah mencetuskan sejarah tersendiri dalam kamus politik negara.


Siapa yang tidak kenal dengan Anuar Ibrahim...nama yang sangat familiar...Dengan kekuatan peribadi, kehandalannya berpidato (yg memang x dapat disangkal) dan kisah2 kontroversinya sebelum ini dan juga sekarang...menjadikan pilihanraya ini sungguh menarik dan bakal menjadi sejarah besar negara...Jika dilihat pada laporan media, permatang pauh kelihatan sungguh meriah...sungguh sesak...semua pihak tertumpu kat PP..yelah,namapon hari " raya". Ramai penanalisis politik melihat pilihanraya kali ini bakal menjadi penentu kepada pemerintahan Malaysia kelak..Apapon,kita semua mengharap kebaikan yang bakal kita perolehi nanti...

P/s: Berdebar2 menati keputusannya nanti...Lambat atau cepat, KEBENARAN pasti menang...itu janji Allah.

0 comments:

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP