Tuesday 3 March 2009

Layakkah Kita Menilai...?


Entri dari kak mus di baca berulang kali...Ye, semalam kami sama-sama bermuhasabah sebelum terlena. Bab2 ikhlas memang sukar nak difahami. hanya Allah yang boleh menilai keikhlasan kita. Sebagai ahli gerakan, kita kononnya dah banyak berjuang, dah banyak berkorban. Tapi apakah nilainya amalan kita itu pandangan Allah...hanya Allah yang berhak menilai. Dan kita hanya mampu berdoa. Dalam bergerak kerja, kita tak terlepas dengan menilai orang. Dia itu begitu-begitu.Mereka begini-begini. Kita lebih banyak menilai orang tapi jarang menilai diri sendiri.(peringatan buat diri sendiri).Sekadar renungan dari blog Syifa Ul Qalbi:


Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulama yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih sejak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah dihantar oleh kedua ibu bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya jugak seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam samapai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama d zaman moden ini yang bukan dari warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram,Mekkah. Nak djadikan cerita, pada suatu masa,alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba-tiba, datanglah seorang yang berpakaian buruk seolah-olah kelihatan tidak siuman sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah selesai solat fardhu, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untu mengundurkan diri.

Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid-murid alim ulamak tersebut kerana semasa solat fardhu tadi, orang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul. Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka koma yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab dan mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali.(Maklumlah seorang al hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum dia meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya dihadapannya lalu beliau bercerita:

“Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah yang mana terdapat pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya diminta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang dikurung di dalam kandang yang sederhana besar itu tidak pernah luak walau berapa ramai yang beli kibas daripadanya. Belilah sampai sertus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut dibawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap sama bilangannya seperti sebelum seratus ekor dibawa keluar kandang!

Maka seluruh alim ulamakpenduduk kampung telah beranggapan pengembala kibas adalah orang aulia’ Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat di masjid kerana mereka mahu mengambil berkat pengembala kibas tersebut.

Hasrat tersebut telah dipersetujui oleh pengembala kibas. Solat pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai solat, seluruh penduduk kampung ke rumah masing-masing sambil ketawa terbahak-bahak keranA mereka berfikiran tangapan meeka terhadap pengembala kibas sebagai aulia’ Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka telah mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima tuhan! Subhanallah!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis keran mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allahyang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta’ala telah berfirman yang sekira-kira bermaksud :

“…Maka janganlahkamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertaqwa” (Surah An-Najm:32)

“Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan jangalah berjalan di bumi dengan angkuh, Sungguh, Allah itu tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.” (Surah Lukman:18)

2 comments:

narikays 4 March 2009 at 00:02  

slm py..sy nk follow blog awk tp xjmpe tmpt follow..maybe xkua habes kot sb intnet slow sgt..

HaziraH HussiN 4 March 2009 at 13:50  

sya...saya x buat lagi followers.sebab takot xde org nak follow...tgklah nanti camne...hehe..

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP