Tuesday 30 June 2009

Gempur...satu permulaan

Pejam celik. Pejam celik. Dah hamper buka sem baru pengajian utk pelajar Universiti. Dan untuk mahasiswa yang mewakafkan diri bukan sahaja sebagai pelajar di Universiti tetapi juga sebagai mata rantai perjuangan menbajai dakwah di kampus, kehadirannya makin kuat dirasai.




Bila message kepada sahabat2 dibalas:-


“kami sibuk,27 ,28 ni pelajar baru masuk”



Hati berdetik. “ oh…time itu tiba lagi..” dan aku tak berpeluang turut merasainya.


Bukan persediaan diri sendiri yang harus diutamakan tetapi ada misi yang perlu dijalankan.


Usaha dakwah dimulakan dengan seberapa boleh awalnya.


Melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Misi kami ialah mahasiswa baru yang mendaftar. Menghulur salam perkenalan.. Menawarkan dahan untuk berpaut jika arus songsang mula menggempur..



Flash back..



Minggu Perkasa Putra( minggu orientasi pelajar baharu) bakal menjelang. MPP diwajibkan menjadi PU.(pembantu universiti).


Wah…peluang harus digunakan sebaiknya. Selagi baik untuk agama, peluang depan mata tak kan nak lepaskan.


Dalam fikiran dah merangka2 apa yang nak dilakukan..


Suatu hari, kami (aku dan fana) terima satu sms..


N: “…fana, zirah, aku mintak maaf. Korang tak masuk list jadi PU masa minggu perkasa nanti. Tolong cakap dekat k.amal, syukri n sulhi..jadi korang xyah datanglah time minggu tu nanti….”**



**Berdasarkan apa yng diingat oleh penulis.

Maybe sama atau sedikit berubah tetapi mempunyai maksud yg hamper sama.



Aku(A):..”naper plak?kami pon MPP gak. Menang gak. Pakai e-undi gak..kata semua MPP kena jadi PU?**



N:”…tulah..aku dapat arahan dari atasan. Korang tolonglah aku. Nanti aku kena jawab dengan diorang.korang pon paham, kan kenaper?..**



Chewahh…cantek muka. Memang geram giler time tu. Ok, korang pegi Bandung,pegi indon, pegi Thailand, pegi obersea…kami xleh. Takpe, kami taknak bising..tapi bila time ni, kami memeng xleh kompromi. Nak jadi apa, lantaklah…



Jadi, malam tu, kami ambik keputusan ankgi gak program minggu perkasa tu.


Malam tu diadakan “minggu penghayatan islam” oleh TNC. Yes…ingat lagi tajuk tu..

MALAM TU TAKKAN AKU LUPA SAMPAI BILA-BILA..( kalau cerita kat sini,memang post ni jadi panjang giler).



Yang nak ceritanya…



Malam tu, seluduplah kami berdua(dgn fana) ke dlm dwn K13. Duk paling belakang sebab difikirnya, senang nak jalankan projek..org dah penuh dwn tapi TNC x dtg lagi.



Tiba-tiba…



Sorang MPP perempuan datang.



“ehh…zirah, fana. Naper duk sini?jom kuar. Baris tunggu TNC kat depan tu..”**




Dengan sedikit berat hatinya, kami keluar. Masa tulah Pres MPP Nampak kami. Pada pandangan kami, dia amat terkejut melihat keberadaan kami..



Fana(F): “pres, sorilah kitaorang dtg...nak sangat jadi PU.xpe kan?”**



Press(P): “emm..(sambil merendahkan suara). Aku tak kisah jer sebenarnya. Aku lagi geram dgn MPP lain yg tak nak dtg..macam2 alasan bagi.. aku memang tak kisah. Terima kasih adalah…tapi ko tau jelah kan, fana, zirah…ko paham2 jelah..”**



“…ko paham2 ajelah..” paham tak?ko paham2 ajelah..(aku ulang dalam hati..)


Dipendekkan cerita, kami (MPP yg tak diiktiraf sbg PU) masuk gak time minggu perkasa secara seludup. Dengan kelebihan baju MPP yg kami ada, kami terlepas dari sekatan.


( walaupun hanya PU yg ada kad PU je dibenarkan berada dlm kwsn U time tu.)



last2 budak2 MPP panggil kami utk bertugas secara halal dgn mereka sbb xnak bg kami buat benda pelik2.ingat lagi tak fana time tu? depa buat apa lepas tu?kat pdg kawad tu. malam tu kat bilik MPP.?



kepada kawan seMPP. kami mintak maaf. walaupun banyak benda menyakitkan, kami tetap kutip yg manis sebagai kenangan. ada yg kami rasakan tulusnya dlm bersahabat. ada yg kami x mampu teka.( hanya Allah yg tau ). tapi bila prinsip dan matlamat jadi ukuran, tiada kompromi.




Hari itu diUNGUkan..



Halangan menjadikan kami menjadi lebih kreatif. Terima kasih kepada pihak2 tertentu yg menyebabkan kekreatifan kami berkembang pesat.


Walaupun sekatan dijalankan, kami(budak2 PMI) Berjaya juga bertapak di padang kawad time hari pendaftaran. (gimana caranya?oppss…rahsia. joinlah kami dulu)


Padang kawad kami unggukan dengan kehadiran kami. Baju purple. Belon unggu. Air mineral unggu…apa lagi yer?ingat2 luper…( bookmark dll).


Kanak2, kami meriahkan dengan belon. Ibu bapa kehausan, kami basahkan dgn air mineral. Pelajar baru, kami sapa dengan salam mesra dan bookmark dll.


Demi Allah, hanya Engkau yg tau jerit payah kami mengadakan semua itu. Sebelum, semasa dan selepas itu. Hanya Engkau yg tau berapa air mata yg tumpah, betapa dada bergetar melawan perasaan, betapa keringat yg kami tumpahkan, betapa malu kami ketepikan..


Dan betapa…demi Allah, cintaku pada sahabat2 makin bertambah..betapa kami rasakan manisnya buah ukhwah kita.




MPP yg menyeludup..


pak guard yg 'memahami'


kerjasama dari MTM


PMIUPM your exellent partner


purple belon yg meriangkan kanak2


memberi bantuan kepada inu bapa


pembakar semangat



Tunas itu perlu dijaga..



Dan…kita dapat impak yg diinginkan. Tapi itu baru permulaan. Jalannya selepas itu adalah lebih jerit,lebih sukar. Kita selalu kecundang di ‘jalan ‘ itu.


Tapi…tunas itu perlu dijaga.


Aku bukan naqibah yg baik. Aku naqibah yg gagal. (kenyataan yg aku harus akui).


Aku kagum dgn sahabat2 yg amat cemerlang. Tahniah n syabas. Dan teruskan…


Kalau tak mampu memberi baja, tak mampu menyirami, cukuplah jadi tangan2 yg mencabut lalang di sekeliling tunas itu…


Tunas itu perlu dijaga.


Kepada sahabat2 yg sekarang ni tgh bergelut dgn semua ini, berusahalah…


Dan..aku tertanya2 apakah warna Minggu Perkasa Putra kali ini..?



~baru lepas baca entri ” http://nkamariyah.blogspot.com/2009/06/iktibar-dari-gempur-pmiupm-0910.html

0 comments:

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP