Monday 23 March 2009

Kisah si Penjual Tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin"

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin"

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita sentiasa gagal memenuhi hak Allah seperti menjaga perkara-perkara wajib, solat lima waktu, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

p/s : cerita ini dicilok dari satu blog. memanjangkan peringatan:)

Read more...

Wednesday 18 March 2009

Hepi Pencen Day...



Hurm...akhirnya dapat gak curi balik kg...yg bestnya, semua ader kat umah. abang n kak jugak balik..im kat serawak x dapat balik...
16 Mac...tarikh istimewa bagi kami..
besday lelaki istimewa dalam hidup kami...
dan semua ader untuk mensyukurinya...
tahun ni lagi special..sebab "dia" dah pencen..(^_^)
huhu...selamat ulangtahun ke-56, ayah..and hepi pencen day..
macam2 berlaku pada hari tu..
~tawaf satu besut, cari kek paling special .....(itulah paling special..)
~purse jatuh..lagi??tapi sempat jumpe balik
~terbit adea baru..huhu..satu perancangan hidup ,mungkin?rancangan lepas grad..satu peluang perniagaan..segalanya masih dalam rancangan,,..
"...SEmoGa berbaHagia,Ayah...Dunia Akhirat..."

P/s: kek ni ditujukan khas untuk ayah,,...kanak2 sket..supaya kita rasa muda..
~x luper nak ucap hepi belated besday untuk...sofia 1,fana 3,k.basitt 13,abang 14, kaklin 23,diri sendiri 27,fifah 10,(february best!!!)
~untuk ayah nad jugak..tak sangka besday ayah kita hampir tarikhnya...kem salam kat beliau,..

Read more...

Thursday 12 March 2009

Hafalan Solat Delisa

Buku suggestion dari seorang sahabat...3 bulan yang lepas.(syukran farhana-akak dah jumpe buku ni..tak perlu pinjam lagi) dan juga suggestionku pada sahabat2 lain...
"Buku yang indah..ditulis dalam kesedaran ibadah. buku ysng mengajak kita mencintai kehidupan ,juga kematian, mencintai anugerah juga musibah dan mencintai indahnya hidayah..."

Delisa cinta umi kerana Allah..
Delisa cinta abi kerana Allah..
Ajarkan kami erti ikhlas...
Ajarkan kami erti memahami..

Read more...

Sunday 8 March 2009

2 Minggu ini...

Pahit nak terima. Tapi itu kenyataan. Dah x boleh ubah. Kami (para bakal cikgu), baru dapat arahan yg kami kena keluar praktikal pada 23 ni. Ye...23 Mac 2009. X sampai 2 minggu je lagi. Tarikh sepatutnya ialah pada 27 April 2009. Lebih sebulan dipercepatkan. Kalut, takut, tension, nak marah...bercampur. Tapi, apa nak buat...Bak kata TDA fakulti.."sekarang bukan masanya nak bincangkan masalah tetapi,masanya untuk bertindak..selesaikan segala2nya sebelum kuar praktikal.."Dalam 2 minggu ni...

1. Kena compresskan kelas untuk cover masa keluar praktikal nanti. Bayangkan, nak compresskan kuliah untuk masa sebulan dalam masa 2 minggu ni.
2. Kena jumpe pensyarah semua subjek untuk mengawalkan 2nd test sebelum 23 hb ni.
3. Kena cari pegi cari umah sewa untuk sepanjang praktikal dan berpindah...
4. Buat sedikit persediaan sebelum praktikal.(shopping...yelah cikgu kena ada gaya)
5. Balik umah mintak restu ngan mak ayah.
6. Setelkan semua assignment n baki projek n tesis.(banyak gilerr)
7. Setelkan keje ambik lesen(huhu...x test lagi..)
8. dan beberapa perkara peribadi lagi...

camne ye?tapi, ini realiti yang harus ditempuhi...kecewa gak dengan pentadbiran u. masalah ni, dari sem lepas lagi kami dah sedar n telah dibawa ke peringkat atasan tetapi baru sekarang diambil tindakan dan sayangnya, dah terlambat..kami menjadi mangsa. Kalau keluar jugak bulan April, kami kena bayar yuran u untuk sem depan plak. Bukan murah...RM2000 lebih..Alasannya, kena konvo awal konvo hanya sekali tahun ni. Ikut je kalau nak dapat posting awal..malas nak pk apa siapa yang salah..."sekarang masanya untuk bertindak dan aku sedang bertindak.."

Yang kami risau lagi, kami kena balik kampus untuk ambil final exam. Cuti untuk praktikal, hanya dibenarkan 2 hari je..camner yang ambik subjek lebih dari 2 paper?nak concentrate praktikal lagi, nak kena pk final exam lagi..Mesti ada hikmahnya yang kita maybe akan nampak selepas dah setel melaluinya nanti...Harapnya...
p/s: x pernah terjadi masalah ni sebelum ni..kami golongan yang terpilih untuk merasai kekalutan ini...Kalutkah aku?Doakan diri ini...

Read more...

Tuesday 3 March 2009

Layakkah Kita Menilai...?


Entri dari kak mus di baca berulang kali...Ye, semalam kami sama-sama bermuhasabah sebelum terlena. Bab2 ikhlas memang sukar nak difahami. hanya Allah yang boleh menilai keikhlasan kita. Sebagai ahli gerakan, kita kononnya dah banyak berjuang, dah banyak berkorban. Tapi apakah nilainya amalan kita itu pandangan Allah...hanya Allah yang berhak menilai. Dan kita hanya mampu berdoa. Dalam bergerak kerja, kita tak terlepas dengan menilai orang. Dia itu begitu-begitu.Mereka begini-begini. Kita lebih banyak menilai orang tapi jarang menilai diri sendiri.(peringatan buat diri sendiri).Sekadar renungan dari blog Syifa Ul Qalbi:


Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulama yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih sejak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah dihantar oleh kedua ibu bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya jugak seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam samapai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama d zaman moden ini yang bukan dari warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram,Mekkah. Nak djadikan cerita, pada suatu masa,alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba-tiba, datanglah seorang yang berpakaian buruk seolah-olah kelihatan tidak siuman sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah selesai solat fardhu, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untu mengundurkan diri.

Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid-murid alim ulamak tersebut kerana semasa solat fardhu tadi, orang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul. Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka koma yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab dan mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali.(Maklumlah seorang al hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum dia meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya dihadapannya lalu beliau bercerita:

“Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah yang mana terdapat pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya diminta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang dikurung di dalam kandang yang sederhana besar itu tidak pernah luak walau berapa ramai yang beli kibas daripadanya. Belilah sampai sertus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut dibawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap sama bilangannya seperti sebelum seratus ekor dibawa keluar kandang!

Maka seluruh alim ulamakpenduduk kampung telah beranggapan pengembala kibas adalah orang aulia’ Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat di masjid kerana mereka mahu mengambil berkat pengembala kibas tersebut.

Hasrat tersebut telah dipersetujui oleh pengembala kibas. Solat pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai solat, seluruh penduduk kampung ke rumah masing-masing sambil ketawa terbahak-bahak keranA mereka berfikiran tangapan meeka terhadap pengembala kibas sebagai aulia’ Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka telah mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima tuhan! Subhanallah!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis keran mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allahyang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta’ala telah berfirman yang sekira-kira bermaksud :

“…Maka janganlahkamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertaqwa” (Surah An-Najm:32)

“Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan jangalah berjalan di bumi dengan angkuh, Sungguh, Allah itu tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.” (Surah Lukman:18)

Read more...

Monday 2 March 2009

Abu Bakar-Teman Sejati


Alhamdulillah...habes jugak akhirnya novel sejarah"Abu Bakar-Teman Sejati".2 minggu jugak baru habesnya..dulu memang x suka sangat baca novel sejarah ni. maybe cara penulisan yang tidak menarik. tapi kalau buku Abdul Latip ni, memang xleh tolak..pasti nak beli jugak..kepada yang mengalami masalah yang sama(kureng minat sejarah), try novel ni...pasti berubah..banyak tajuknya. dan semuanya best..Cuba baca Khalid,Thariq, Salehuddin,Muhammad Al-Fateh,Ikramah...dan yang terbaru n x sempat baca lagi, Umar dam abu Ubaidah..sinopsis boleh tengok kat blog ni..(semua ader)

http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/


Sedikit tentang Abu Bakar...


“Hai kaum Muslimin, siapakan orang yang paling berani?”
Jawab mereka,
“Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin.”

Kata Ali,
“Orang yang paling berani bukan aku tetapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemani Nabi SAW dalam gubuk itu dan menjaga baginda dari serangan kaum musyrik! Di saat itu tidak ada seorang pun yang bersedia selain Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya dihadapan Rasulullah untuk membunuh sesiapa sahaja yang mendekati gubuk Rasulullah SAW. Itulah orang yang paling berani.”

Pada suatu hari pernah juga aku saksikan ketika Rasulullah SAW sedang berjalan di Kota Makkah, datanglah orang musyrik sambil menghalau baginda dan menyakiti baginda dan mereka berkata,
“Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan?”
Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Rasullulah SAW selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata,
“Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan ALLAH?”

Kemudian Saidina Ali sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian beliau berkata,
“Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik dari Abu Bakar?”
Semua jemaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya,
“Demi ALLAH, sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada dengan orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepenuh dunia, kerana orang yang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya.”

Read more...

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP