Tuesday 30 June 2009

Gempur...satu permulaan

Pejam celik. Pejam celik. Dah hamper buka sem baru pengajian utk pelajar Universiti. Dan untuk mahasiswa yang mewakafkan diri bukan sahaja sebagai pelajar di Universiti tetapi juga sebagai mata rantai perjuangan menbajai dakwah di kampus, kehadirannya makin kuat dirasai.




Bila message kepada sahabat2 dibalas:-


“kami sibuk,27 ,28 ni pelajar baru masuk”



Hati berdetik. “ oh…time itu tiba lagi..” dan aku tak berpeluang turut merasainya.


Bukan persediaan diri sendiri yang harus diutamakan tetapi ada misi yang perlu dijalankan.


Usaha dakwah dimulakan dengan seberapa boleh awalnya.


Melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Misi kami ialah mahasiswa baru yang mendaftar. Menghulur salam perkenalan.. Menawarkan dahan untuk berpaut jika arus songsang mula menggempur..



Flash back..



Minggu Perkasa Putra( minggu orientasi pelajar baharu) bakal menjelang. MPP diwajibkan menjadi PU.(pembantu universiti).


Wah…peluang harus digunakan sebaiknya. Selagi baik untuk agama, peluang depan mata tak kan nak lepaskan.


Dalam fikiran dah merangka2 apa yang nak dilakukan..


Suatu hari, kami (aku dan fana) terima satu sms..


N: “…fana, zirah, aku mintak maaf. Korang tak masuk list jadi PU masa minggu perkasa nanti. Tolong cakap dekat k.amal, syukri n sulhi..jadi korang xyah datanglah time minggu tu nanti….”**



**Berdasarkan apa yng diingat oleh penulis.

Maybe sama atau sedikit berubah tetapi mempunyai maksud yg hamper sama.



Aku(A):..”naper plak?kami pon MPP gak. Menang gak. Pakai e-undi gak..kata semua MPP kena jadi PU?**



N:”…tulah..aku dapat arahan dari atasan. Korang tolonglah aku. Nanti aku kena jawab dengan diorang.korang pon paham, kan kenaper?..**



Chewahh…cantek muka. Memang geram giler time tu. Ok, korang pegi Bandung,pegi indon, pegi Thailand, pegi obersea…kami xleh. Takpe, kami taknak bising..tapi bila time ni, kami memeng xleh kompromi. Nak jadi apa, lantaklah…



Jadi, malam tu, kami ambik keputusan ankgi gak program minggu perkasa tu.


Malam tu diadakan “minggu penghayatan islam” oleh TNC. Yes…ingat lagi tajuk tu..

MALAM TU TAKKAN AKU LUPA SAMPAI BILA-BILA..( kalau cerita kat sini,memang post ni jadi panjang giler).



Yang nak ceritanya…



Malam tu, seluduplah kami berdua(dgn fana) ke dlm dwn K13. Duk paling belakang sebab difikirnya, senang nak jalankan projek..org dah penuh dwn tapi TNC x dtg lagi.



Tiba-tiba…



Sorang MPP perempuan datang.



“ehh…zirah, fana. Naper duk sini?jom kuar. Baris tunggu TNC kat depan tu..”**




Dengan sedikit berat hatinya, kami keluar. Masa tulah Pres MPP Nampak kami. Pada pandangan kami, dia amat terkejut melihat keberadaan kami..



Fana(F): “pres, sorilah kitaorang dtg...nak sangat jadi PU.xpe kan?”**



Press(P): “emm..(sambil merendahkan suara). Aku tak kisah jer sebenarnya. Aku lagi geram dgn MPP lain yg tak nak dtg..macam2 alasan bagi.. aku memang tak kisah. Terima kasih adalah…tapi ko tau jelah kan, fana, zirah…ko paham2 jelah..”**



“…ko paham2 ajelah..” paham tak?ko paham2 ajelah..(aku ulang dalam hati..)


Dipendekkan cerita, kami (MPP yg tak diiktiraf sbg PU) masuk gak time minggu perkasa secara seludup. Dengan kelebihan baju MPP yg kami ada, kami terlepas dari sekatan.


( walaupun hanya PU yg ada kad PU je dibenarkan berada dlm kwsn U time tu.)



last2 budak2 MPP panggil kami utk bertugas secara halal dgn mereka sbb xnak bg kami buat benda pelik2.ingat lagi tak fana time tu? depa buat apa lepas tu?kat pdg kawad tu. malam tu kat bilik MPP.?



kepada kawan seMPP. kami mintak maaf. walaupun banyak benda menyakitkan, kami tetap kutip yg manis sebagai kenangan. ada yg kami rasakan tulusnya dlm bersahabat. ada yg kami x mampu teka.( hanya Allah yg tau ). tapi bila prinsip dan matlamat jadi ukuran, tiada kompromi.




Hari itu diUNGUkan..



Halangan menjadikan kami menjadi lebih kreatif. Terima kasih kepada pihak2 tertentu yg menyebabkan kekreatifan kami berkembang pesat.


Walaupun sekatan dijalankan, kami(budak2 PMI) Berjaya juga bertapak di padang kawad time hari pendaftaran. (gimana caranya?oppss…rahsia. joinlah kami dulu)


Padang kawad kami unggukan dengan kehadiran kami. Baju purple. Belon unggu. Air mineral unggu…apa lagi yer?ingat2 luper…( bookmark dll).


Kanak2, kami meriahkan dengan belon. Ibu bapa kehausan, kami basahkan dgn air mineral. Pelajar baru, kami sapa dengan salam mesra dan bookmark dll.


Demi Allah, hanya Engkau yg tau jerit payah kami mengadakan semua itu. Sebelum, semasa dan selepas itu. Hanya Engkau yg tau berapa air mata yg tumpah, betapa dada bergetar melawan perasaan, betapa keringat yg kami tumpahkan, betapa malu kami ketepikan..


Dan betapa…demi Allah, cintaku pada sahabat2 makin bertambah..betapa kami rasakan manisnya buah ukhwah kita.




MPP yg menyeludup..


pak guard yg 'memahami'


kerjasama dari MTM


PMIUPM your exellent partner


purple belon yg meriangkan kanak2


memberi bantuan kepada inu bapa


pembakar semangat



Tunas itu perlu dijaga..



Dan…kita dapat impak yg diinginkan. Tapi itu baru permulaan. Jalannya selepas itu adalah lebih jerit,lebih sukar. Kita selalu kecundang di ‘jalan ‘ itu.


Tapi…tunas itu perlu dijaga.


Aku bukan naqibah yg baik. Aku naqibah yg gagal. (kenyataan yg aku harus akui).


Aku kagum dgn sahabat2 yg amat cemerlang. Tahniah n syabas. Dan teruskan…


Kalau tak mampu memberi baja, tak mampu menyirami, cukuplah jadi tangan2 yg mencabut lalang di sekeliling tunas itu…


Tunas itu perlu dijaga.


Kepada sahabat2 yg sekarang ni tgh bergelut dgn semua ini, berusahalah…


Dan..aku tertanya2 apakah warna Minggu Perkasa Putra kali ini..?



~baru lepas baca entri ” http://nkamariyah.blogspot.com/2009/06/iktibar-dari-gempur-pmiupm-0910.html

Read more...

Jawapan "soalan pelik pelik"

hurm...dah cuba jawab soalan pelik-pelik?

try cek jawapan...sama tak?



......(sambungan kisahnya.....)


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan
keyakinan kepada Allah.



Setelah membaca Basmallah dia berkata,



-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..



-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t.
berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda
(kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).



-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi
Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak
kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.



-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan
al-Qur'an.



-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.



-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t.
menciptakan makhluk.



-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis.
Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit
berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb
Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).



-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy
ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada
di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang
malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka."
(Al-Haqah: 17).



-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan
kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin
topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*



-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah
s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka
untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).



-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara
Nabi Yusuf .



-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa
yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa
memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu
itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas
mata air." (Al-Baqarah: 60).



-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi
Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.



-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila
fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).



-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS.




-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada
ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi
berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang
kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap,
Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu
semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan
ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)



-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah
suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya
sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).



-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi
Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.



-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab
dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah
Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan
selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).



-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang
diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara
dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).



-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah
Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya
tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).



-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai
30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan
dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun,
Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat
yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang
hari.



Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda
Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia
mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab
satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.



Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar
pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha
menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang
yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.



Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu
pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "



Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun
aku takut kalian marah."



Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "



Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha
Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."



Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus
memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan
kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang
pemuda Muslim yang bertakwa.**

Read more...

Friday 26 June 2009

Bersyukurlah...dah 3 bulan berlalu..

“Permulaan yang separuh bermula

Berakhirnya entah bila

Bahagia..

Duka..

Akan kembali berputar

Lagi..

Dan lagi…

Selagi hayat

Masih abadi..

Mencari ERTI”




Ni first entry pasal benda tu..


Tgk calendar arini..


26 Jun 2009


Erm…26 Jun 2009


Pantas masa berlari,waktu pon berlari laju


Sekejap je dah 3 bulan berlalu






Suatu malam di 26 Mac 2009 ia bermula-(tarikh yg mengautomatikkan satu perasaan di jiwa jika mengingatinya)


Pelakon utamanya pastilah diri ini(yg peminjam kepada jari yg sdg menaip) dan juga kaklin @ syafiqa @ rumet


Erm dah 3 bulan peristiwa tu berlaku






Yang penyebab kepada diri ini bertapa kat HKL selama 12 hari (alhamdulillah jer..)


Yang penyebab kepada aku masuk OT dua kali


Yang penyebab kepada mak berkampung kat KL selama sebulan


Yang penyebab kepada ayah berulang dari ganu ke KL macam dari umah nakgi JERTEH


Yang penyebab kepada aku dengan indahnya ambik paper last final exam kat UPM di bawah pokok tepi dewan exam


Yang penyebab kepada…(berapa banyak penyebab kepada daa…)-akan diriwayatkan dlm entry yg laen,ensyaAllah


Yang penyebab kepada aku boleh bersenang lenang lenggang kangkung kat umah tika ni





Tika ini,


Aku hamper 80% menjalani kehidupan normal seperti sebelum 26 Mac 2009


Alhamdulillah..wasyukurilah


Melalui saat utk sampai ke persen 80%, banyak scene yg dilalui






Teringat masa duk umah kak,


Nak naik tangga memang xleh dgn kaki bertongkat dua..


Hehe..time nilah peluang abe buat jase


Jenuh setiap kali kena papah budak bertongkat tu


Dari duk menyewa di petaling jaya, abe berkampong kat umah kak kat Selayang






Macam2 gelaran dapat..


Memang kureng asam budak2 ni


OKU lah..


Cat lah..(singkatan dari cacaat)






Masa gi bookfair kat PWTC, boleh plak dgn selambanya, abe nak parking kat parking OKU (kerana susah dapat parking)..gelakkan org je kejenya


Kawan2 lamer laks, meriah jer datng jenguk kat umah


“machoolah mung xcident motor”-wesss…tak tahan


Rasanya, akulah wanita( muda…diulangi muda) yg satu2nya xcident kat kg tu..


Yg laen, mangsanya sebelum ni, sumer lelaki


Tu yg femes…tiap2 hari, akan adalah yg bertandang kat umah


Adapt berjiran…yg sakit dijenguk





Masa buat kenduri kat umah, depa x bagi buat keje


“mung tolong lipat tisu dahler”


“jie tolong masukkan bunga telur jelah, jgn buat keje berat..”


yess…dapat ngelak tolong makcik2 masak n basuh pinggan mangkuk


bila dah jupe Dr. 2nd appointment tu, dia dah bagi guna 40% kaki kanan


40 %? Camner nak ukur tu?

Lantaklah…dengan ukuran sendiri, diri ini mengambil keputusan utk buang satu tongkat


Tinggallah bertongkat satu

So…langkah makin pjg


Sebelum ni, makan pon kena tinggal pinggan atas meja makan (camner nak bawa benda dgn tgn dua2 kena pgg tongkat)


Dah masuk daporr…


Dan mak paling suka tegur (seriously maklah org paling hepi-macam nakwat entry khas nanti)


“ohh…kakg dah boleh buat air”


“ohh…kakg dah pgg sudip..”





Masa wat tahlil utk arwah tok,


Aku dah berani pegang vacuum


Tolong vacuum carpet sebelum org dtg baca tahlil


Yes..dengan selambanya dah campak kedua2 tongkat


Sedara mara dah cuak..


“bakpo suruh jie mesin kapet nyo?kaki x baek lagi tuh..”


KL version= “naper suruh jie yg vacuum karpet?kan kaki x sihat lagi?”


Selamba jawab diri ini “ tak po…dokto suruh wat latihan kaki-fisioterapi”







Bila nak bergambar kat pelamin masa abe kawen, aku campak tongkat dan jalan slow2…kacau daunlah tongkat ni( fuh…memang luper jasa tongkat)


Abe dah menjerit atas pelamin “weh…slow2 jie..bakpo tinggal tongkat”


Diri ini buat derk jer…” jom, cepat ambik gambar”


Bila dah balik dari Melaka, memang totally aku dah berani bercerai dgn tongkat


Biar apa org cakap


Aku berpegang pada nasihat dr. (hehe…)

“actually bila you selalu guna kaki you, dia akan bantu pertumbuhan tulang you jadi lagi cepat”







Sampailah sekarang..


Aku dah rasa makin ok tanpa tongkat


Walaupun masih x mampu berlari walaupun sekadar lari2 anak( lari2 bapak apatah lagi)


Walaupon masih solat duduk sebab still x dapat lipat kaki sepenuhnya


Next jumpe Dr. 13 Julai ni.


Harap jawapannya…”you dah bleh guna kaki 100%”







Perasaan?


Lega..syukur…bahagia dengan sakit itu..


Masih mengharap..berusaha...


Buatkan diri ini banyak berfikir…merenung..berubah (sket2 kot…masih sedang)





Trauma?


Ohh tidak…alhamdulillah


“kaklin trauma tak pasal hari tu?kesian kaklin,kan?akak x rasa per sebab akak x ingat aper2”


“trauma lah gak. Bila naik motor tu, rasa seriak jugaklah..terpikiaq2 macam maner kalau kereta mai belah. Tapi xdaklah trauma sampai menjerit2 macam org gilo tu”


“hahaha..haha…”


“kakzie, bila mai sini, nanti kita naik motor same2 lak, k?”


“ok jer…hehehe..”


Kagum ah dengan kaklin.( macam aka nada satu entry khas plak)


Bersyukur jugak dapat sahabat2 macam sahabat2 ni.( akan ada post special, insyaAllah)


Bersyukur…bersyukur…bersyukur…


Bersyukur aku dapat terima benda ni sebagai sesuatu yg positif akhirnya..



Tetiba teringat satu ayat Quran yg kami ( diri ini dan bahirah KCG) tulis kat kertas,tampal kat LPMI. Ingat lagi bahirah?ada lagi kot sekarang…try cek..



~apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan sahaja mengatakan “kami dah beriman”, sedang mereka belum diuji?~[ al-ankabut,2]



Ye,kita akan diuji dan akan diuji…dan aku harap aku lulus dalam ujian ini walaupon x dpt 4.0.

Read more...

Thursday 25 June 2009

soalan pelik-pelik

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku
kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang
diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan
dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru
dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan
salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan
harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah
perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang
terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia
turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun
karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya
lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku
dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan
penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak
terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di
tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."


Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut
mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak
bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,
"Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin
keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana
anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"


Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."


Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin
memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa
pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan
sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima
tentangan debat tersebut.


Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan
dan anda harus menjawabnya dengan tepat."


Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"


Sang paderi pun mulai bertanya,


"Sebutkan satu yang tiada
duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat
yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada
tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada
sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak
lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas
yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."



"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan
ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan
api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai
30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan
dua di bawah sinaran matahari?"


~hmmm...pelik tak soalan?tolong pikirin jawabannya..
~cabaran khas untuk kak.mustika (aritu nak suruh dedicated post,kan?)
~warga bsk, sambil makan2 jemput2 ptg tu, bleh jawab soalan ni (kaklin wrt,kak basit wonderpet,kak baiti(oppss...),adik kama,fana nona manis,bahirah kacang, cik fatim...n sumer yg tgh lepak kat bsk..)
~semua sahabat yg terbaca post ni-try the best...
~rasanya dah pernah baca cerita macam ni tapi ingat2 luper,kan?-refresh your memories...

Read more...

Tuesday 23 June 2009

Rejab Kembali..


Rejab bulan menabur benih
Sya’ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya’ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya’ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya’ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya


~Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

...RejAB datang lagi:)

Allahumma bariklana fi rojabi wa sya'ban,
Wa ballighna Ramadhan.

Read more...

Friday 19 June 2009

Pernahkah anda bayangkan?

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".



Tekan 1 untuk 'meminta'
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."



Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:



"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."



Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:



"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,


Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!"



Atau mungkin juga Anda mendengar ini :



Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."
atau...



Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."




Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.



Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434


2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya



Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483


2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir



Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!



~pengisian bijak dari seorang sahabat~

Read more...

SMKA dulu,sekarang..

Selepas isyak,aku cuba berbual-bual dengan adikku. Form 5. Lebih kepada merisik khabar sebenarnya. Adik bersekolah di sekolah yang sama denganku dulu.




“Sekolah buat aper sekarang? Utk budak exam?”


“Buat ape. Kelas tambahanlah.”


“Bukan tu maksud kakjie. Pengisian rohani.”


“Oooo…biaselah. Solat hajat.”


“Erm…usrah?”


“Takde lagi tahun ni.”


“Habes buat pe maghrib-isyak?”


“Ceramah kadang2..”


“Kakjie…tadi makan durian ustz ghani.best…”



Dah mula melalut. Tiba2 teringat zaman struggle utk SPM dulu. Macam2 benda yang kami buat. Banyak kenangan. 12 subjek yang dipikul tak menyebabkan kami jadi gila akademik sepenuhnya.



Aktiviti di asrama berjalan biase. Antara maghrib isyak, setiap hari dah ada jadualnya. Dan selalunya 90% jadualnya istiqamah kami ikut. Ahad usrah. Isnin ceramah jemputan. Selasa kuliah ustaz. Rabu mathurat kubra. Khamis yassin. Jumaat solat hajat dan sabtu waktu bebas yang biasanya diisi dgn study.





“Surah aper kena hafal sekarang?” Aku lanjutkan soalan.


“Sendiri-sendiri. Kalau yang wajib tu untuk budak kelas KQ.”(kelas Quran)




Hoho. Dulu, paling koman pon, first year kena hafal surah al-Jumuah. Tiba2 terfikir, bnyk benda yang dah berubah. Tak dinafikan, sekolah tu dah makin excellent dalam akademik. Dah jadi sekolah elit pon. PMR 9A dah berlambak2. ingat dulu, dizamanku, 9A hanya 6 orang. SPM pon dah bertambah yang dapat straight A’s. Dulu setakat 10 A je. Tapi dari segi pengisian ‘memanusiakan’ manusia?




Sekolah agama terkenal dengan specialnya dalam mentarbiah manusia. Lebih2 lagi yang tinggal di asrama. Perbezaan ketara bleh dilihat berbanding sekolah biase. Bukan pakaian yang dimaksudkan tapi akhlak dan peribadi. Jugak dari segi pergaulan.Tapi itu dulu.




Sekarang,sekolah agama dilihat sama dengan sekolah2 aliran biase. Produk yg dihasilkan hamper serupa. Yang membezakan mereka hanya BA (bhs arab), PQS (pend.quran sunnah) dan PSI (pend.syariah islamiah).




SMKA jugak jadi tempat yang dikejar untuk kecemerlangan akademik. Hanya yang terbaik diterima masuk.Kalau dulu, ada jugak kes SMKA tempat membuang ‘anak’ supaya jadi ‘orang’. Sama halnya dengan sekolah2 pondok. Ibu bapa yang dah tak tau nak counter anak yang agak nakal, mengambil keputusan menghantar anak ke sek pondok atau sek agama untuk ‘dimanusiakan.’ Tapi tak semualah. Tapi dah bnyk kes.




Natijahnya, bnyk kes yang tak sepatutnya berlaku di sek agama, dah berlaku. Isu kapel dah biase. Kes buang nak pon ader. Yang bertudung labuh di sek, bleh berseluar ketat di luar sek.




Tak adil sek dipersalahkan 100% dalam era serba terbuka dan tanpa batasan ni. Tapi, sesuatu perlu dibuat pada system pend islam Negara.




Terfikir2 sebagai bakal pendidik nanti, ape yang aku nak buat. Harapanku untuk mendidik. Bukan sekadar mengajar.!!!


Sok

ong kongres Rejuvenasi system pendidikan islam Negara.

http://kongrespendidikan.blogspot.com/

Read more...

Monday 15 June 2009

Brownies...


brownies

brownies
Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, ketika saya masuk ke dalam pejabat saya seperti hari-hari yang biasa, seseorang telah meletak satu bekas berisi 3 ‘chocolate brownies’. Bersama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”


“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

brownies

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.

“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”


Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”


Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”


“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Saya terus membuang lebihan-lebihan dari brownies kedua, dan brownies ketiga yang masih lagi belum disentuh. Sesuatu yang tidak boleh ditahan beberapa minit yang lalu kini menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima. Dan ini semua hanya kerana terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa apa yang saya makan tadi terkandung bahan istimewa, seperti di dalam cerpen itu juga. (Memang laa dalam tu takde bahan istimewa itu… namun saya gagal meyakinkan diri saya. happy )

~baiti,post ni khas untuk awak.hehe.jangan geli plak nak makan brownies lepas ni. cerite je ni..

Read more...

e.d

"dan demi nafas yang Kau hembuskan dalam dada, ku berjanji utk menjadi yang terbaik"

"maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu,dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta"

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP